Monday, June 4, 2012

permainan korea di situ


“Siapakah selebriti kegilaan kamu semua?” Soalan saya kepada pelajarperempuan tahun enam yang menghadiri ceramah saya ketika itu. Sengaja terdetik merehatkan minda... Dengan tiba-tiba suasana dewan menjadi riuh dengan bermacam-macam jawapan... “Artis Korea!!!” Jerit seorang pelajar sambil melompat bersemangat dari jauh... Terbukti aura artis Korea benar-benar menghantui pelajar perempuan darjah enam itu walaupun mereka masih di alam sekolah rendah... Rupanya dia bukan bersendirian. Sokongan padu tidak terbelah bahagi hampir dari seluruh penghuni dewan kecil itu...
-gambar hiasan-
Saya melihat kegilaan kepada artis Korea ini majoritinya lebih dikuasai oleh golongan wanita termasuk saya sendiri sebenarnya... Walaupun terdapat juga lelaki yang jelas kejantanannya turut mengusap air mata dengan tisu di hadapan skrin komputer, namun kegilaan itu lebih jelas di sisi wanita malah ada sebahagian wanita yang memuja mereka dengan memenuhkan semua gambar artis Korea mereka di muka depan Facebook, Twitter , Blogger sehinggalah yang ditampal di dinding bilik rumah masing-masing. .. Hebatnya pukulan K-Pop dan yang sewaktu dengannya...
“Apa sebenarnya yang buatkan perempuan semua tergilakan hero Korea ni ehh?” Termasuk saya sendiri.. Saya cuba menguji pelajar perempuan di hadapan saya.
“Hero Korea handsome dan comel!” Jawab seorang pelajar sambil tersenyum menampakkan gigi.
“Bukankah wanita perlu menundukkan pandangan apabila melihat lelaki yang handsome?” Sengaja soalan cepumas saya lontarkan.
“Kami perempuan takpe akak apabila tengok lelaki. Lainlah lelaki yang wajib menundukkan pandangan kerana lelaki lebih mudah tergoda apabila melihat wanita!” 

''Waahhh hebat sungguh kata-kata mereka ''. Bisikan hati...

Saya  cuba berbincang dengan mereka.. Benarkah kenyataan demikian? Adakah benar ia bertepatan dengan agama? Betulkah hanya lelaki yang mudah tergoda? Mari kita bincang semula daripada sumber agama.

Memang benar terdapat ayat suruhan untuk menundukkan pandangan itu diturunkan untuk lelaki pada surah an-Nur ayat ke-30.. Saya pernah ajukan soalan ni pada seorang lelaki hamba Allah ni ..
''aku sebagai lelaki mengakui hati boleh menjadi gila apabila lirikan mata terpandang wanita.'' katanya 
Namun jangan kita terlupa akan sambungan ayat berikutnya... Allah juga sebenarnya menyuruh wanita juga wajib menundukkan pandangan mereka... Dalam Surah an-Nur ayat ke-31 bermaksud:

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang perkara yang haram), dan memelihara kehormatan mereka.. Ini jelas membuktikan bahawa hukum menundukkan pandangan tidak membezakan antara lelaki dan wanita..


Ayat yang telah diberitakan kepada kita ini telah menyangkal dakwaan kononnya ‘wanita tidak mengapa, tetapi lelaki tidak boleh’... Sudah semestinya dakwaan bahawa ‘wanita tidak akan tergoda jika melihat lelaki’ juga sama sekali tertolak... Secara tidak langsung al-Quran menjawab kepada kita tanpa membezakan gender dengan satu keputusan bahawa ‘lelaki dan wanita mampu tergoda jika tidak menjaga pandangan masing-masing!’



Sejarah lalu mungkin boleh menguatkan dakwaan ini.. Terlupakah kita kisah Nabi Yusuf ‘alaihissalam bersama wanita yang menggodanya... Ketika Nabi Yusuf ‘alaihissalam melihat wanita tersebut yang sangat rupawan, lalu baginda ghad al-bashar (menundukkan pandangan)... Daripada pandangan itu baginda langsung tidak terpengaruh untuk terus melayan perasaan melihat wanita tersebut... Bahkan hatinya mula melupakan wanita tersebut... Berbeza pula kepada wanita yang menggoda Nabi Yusuf ‘alaihissalam... Wanita itu melihat Nabi Yusuf ‘alaihissalamdengan penuh perhatian.// Ketampanan Nabi Yusuf ‘alahissalam memukau kelopak mata daripada terus berkelip... Akhirnya, dengan pandangan seorang wanita munculnya keinginan syahwat yang meledakkan nafsu sehingga terkoyak belakang bajunya NabiYusuf ‘alaihissalam.



perkongsian ini bukanlah menggesa semua wanita secara terus menukar ‘wallpaper’ dan profil di Facebook, Twitter dengan gambar pokok dan batu semata-mata... Bukan juga mengharamkan kita semua daripada terus meminati artis Korea pujaan kita... Tetapi sekadar renungan bahawa mata itu satu energy pembawa gelora... Tanpa membezakan sebarang jantina.




Secara jujur saya juga meminati artis korea.. Alhamdulillah masih boleh dikawal dari dulu hingga kini... InsyaAllah.. Cumanya saya hanya meminati seorang sahaja dari umur saya darjah 4 hingga kini iaitu Won Bin tak pernah minat artis korea lain... Kenapa minat? 
Sebab mungkin watak lakonannya adalah seorang yang lemah lembut terhadap perempuan.. Layanan, cara, suara dia pada perempuan sangat sweet dan tak pernah kasar wataknya tak pernah tunjuk yang dia panas baran.... Tak pernah tengok dalam lakonan dia marah-marah perempuan... Semoga lelaki masa hadapan saya juga seperti ini kelak yang seorang tak cepat marah pada isterinya dan pada kaum Hawa..


Filem Autumn In My Heart yang di bintangi oleh Won Bin sebagai pelakon utama... Cerita Korean pertama yang saya tengok ketika pada usia 4 tahun...


No comments: