Wednesday, June 20, 2012

nak kahwin cepaattt

Assalamualaikum.. 



Kian lama rasanya tak update blog yang dah lama terbiar ni.. Maafkan saya kerana terpaksa hidekan segala post-post kerana ada sedikit masalah yang tidak diundang.. Alhamdulillah masalah itu saya dapat selesaikan..


Bermulanya musuh di dalam selimut kini Alhamdulillah teman sama-sama memperjuangkan da'ei Islam bersama-sama... Apa salahnya kan kita berkongsi apa yang kita ada pada orang lain.. Sharing is caring yee daaakkk??


"Kemudian datanglah kepada Musa salah seorang dari keduaperempuan itu berjalan dengan malu-malu, dia berkata, "sesungguhnya ayahku mengundangku untuk memberi balasan sebagai balasan atas (kebaikan)mu memberi minum (ternak) kami." - Al Qasas 28:25





Terurai mana yang tersimpul. Alhamdulillah. Truth hurts and reality bites, ain't it? Tapi jauh lagi nikmat dari hidup gembira dalam pendustaan. Kan? Alhamdulillah.

Allah itu indah dalam mengatur rencana. Kelmarin senang, hari ini sakit. Kelmarin sakit, hari ini senang. Begitulah. Esok belum tentu keadaannya. Tapi kita sebagai makhluk yang dikurniakan akal untuk berfikir seharusnya berusaha yang sungguh untuk mendapatkan hari esok yang lebih baik daripada hari ini. 

Sepanjang perjalanan hidup ni, dah bermacam benda kita get through kan. Macammana susah atau sakitnya sesuatu ujian tu, hari ni kita dah boleh senyum balik, dah berjaya laluinya. Dan mungkin sudah lupa tentang ujian yang pernah Allah bagi dalam perjalanan menuju kebenaran. Kan? Ce korang pikir, agak-agak korang akan dapat syurga ke kalau korang just duduk tercokoh je atas dunia ni, bergelak gumbira, happy , tanpa sedikit pun diberi ujian? Bukankah ujian itu sangat mengajar? Bukankah ujian tu sangat mematangkan? Bukankah ujian itu menguatkan? Bukankah ujian itu menambahkan sayang? Korang pikir you life akan best gempak la kalau tak diuji, gitu? Lu ingat lu punya hidup tu gembira la kalau takde masalah? Kau silap besar dowh. Kau nak hidup takde seri? Kurang cerdik aku katakan kepada mereka-mereka yang memilih untuk hidup ni just smooth and soft on the track. Tak advance la hangpa ni. Ingat samseng sangat. Ce tengok orang yang diuji, bukankah mereka tampak cool dan bergaya apatah lagi kalau mereka berkaca mata hitam? 



Dan hari ini alhamdulillah aku dapat menjalankan seharian ku dengan baik dengan berbekalkan tenaga yang dikurniakan Allah untuk mengerjakan puasa sunat pada bulan yang baik sebelum datangnya bulan yang amat ditunggu oleh insan yang beragama Islam iaitu bulan Ramadhan...


Tadi ain selesaikan satu perkara ni... sepanjang hari ini SubhanaAllah ramainya student2 kat KUIS ni yang pregnant... besssttnya... best tau mengandung dalam keadaan seorang pelajar.. MasyaAllah besarnya pahala mereka kaann??


Sebenarnya itulah idaman dan juga adalah impian ain MENGANDUNG KETIKA MASIH BERGELAR SEORANG MAHASISWI..


Besar tau tanggungjawabnya.. dia lah seorang student dialah seorang isteri dan dia juga lah seorang bakal ibu kepada baby tu nanti.. sweetnyaaa... Itulah kekuasaan Allah pada seorang yang bergelar wanita kan??

MasyaAllah... tersenyum aku bila memikirkan macam mana la aku berada di tempat itu??

Ya Allah... aku betul-betul nak nikah awal.. nak mempunyai seorang suami ketika usia aku muda begini... tapi siapa pula yang nak kajwin dengan aku ketika ini kan??

Ya Allah kau permudahkan lah jodohku Ya Rahman...

Nak cakap dengan mak la balik ni.. Kalau ada sesiapa yang datang meminang terima sahaja la lamarannya.. Ya Allah mudah betul kan??
BUkan itu niat aku tapi adalah kelengkapan sebagai seorang hamba Allah yang ingin disayangi dan dicintai.. SubhanaAllah....

Indah sebenarnya cinta itu.. Lagi-lagi kenikmatan cinta pertama... Tapi kan aku takut kalau2 aku jatuh cinta dengan orang yang salah maksud aku dia bukan suami aku kelak... Ya Allah jauhkan aku dari cinta yang sia-sia dan jauhkan aku daripada zina..pelihara aku Ya Allah... ='(

Dalam situasi sekarang ni aku mempunyai perasaan kat seorang lelaki ni tapi dalam masa yang sama ada seorang hamba Allah yang bernama wanita juga menyimpan perasaan pada lelaki tersebut.... 

Walaupun  wanita itu seringkali tak nak mengaku perihal soal hatinya tapi aku percaya dan yakin yang wanita itu sangat mencintainya.... lidah memang boleh berbohong tapi hati tidak mungkin dapat membohonginya kan??

Ya Allah aku betul-betul rasa sedih sekarang... aku betul-betul dah pentingkan diri sendiri... Tak sepatutnya aku pentingkan diri sendiri.. Kesian wanita tu kaannn.. Kalau la aku ada di tempat dia mungkin aku akan sedih lebih dari wanita itu...

Tapi aku percaya jodoh itu adalah rahsia Allah.. Aku teringat kata-lata dari seorang murabbi ni semasa aku menuntut imlu di sekolah pondok sekejap hari tu ''Tidak bersama tidak semestinya tidak dapat memiliknya''...

Allah.. bantu aku Ya Allah... Nampak memang benar aku gembira dan tersenyum dengan girangnya tapi hakikatnya aku sedih bila memikirkan wanita itu... Kesiaaann~~

Lelah aku menerangkan apa yang tersimpan..



dah la tak nak lagi dah berbicara tentang ini.... hanya Allah yang dapat membantu aku percaya Allah itu Maha Pemberi...




*notacinta : mak ayah... ain nak kahwin cepat ... 

No comments: