Wednesday, June 20, 2012

jodoh itu rahsia Allah



bila dah semakin matang, aku selalu impikan lelaki yang baik lagi soleh. tak kisahlah kalau kalau dia pernah nakal dulu. dan aku yakin, bukan aku yang saja impikan lelaki macam tu, tapi mungkin hampir semua perempuan inginkan sebagaimana aku inginkan.

tapi, terfikir layakkah aku untuk lelaki yang aku selama ni idamkan? lelaki baik lagi soleh. lelaki yang pandai menjaga agamanya. pandai pulak jaga nama. pandai menjaga keluarganya. hmm. macam nak simpan dalam almari. sayang. takut nanti perempuan lain ambik.


pernah dengar ayat ini dari Surah an-Nur ayat ke 26?
Allah S.W.T berfirman:

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” 


walaupun, ayat ini bukan lah satu janji dari ALLAH, tapi ia adalah satu peringatan dari-Nya, semua orang melakukan kesalahan, dan semua orang berhak untuk berubah dan berhak mendapat yang terbaik.





"kalau nak pilih pasangan, pilih yang yang baik baik. InsyaALLAH selamat dunia akhirat. tapi sebelum mencari pasangan yang baik, diri sendiri pun kena jadi baik. perempuan baik untuk lelaki baik, lelaki baik untuk perempuan baik.


kalau berubah, berubah kerana ALLAH, jangan kerana "dot dot" kalau kamu berubah sebab dot dot,  suruh itu dan ini ikut sahaja kemahuannya. dot dot suka perempuan tak pakai seksi, kamu tak pakai seksi, buat baik sebab nak dapat dot dot, nanti bila tak dapat dot dot, kamu mula la nak nangis nangis, nak berubah la.


sebab kamu tak ikhlas lagi.


tapi, bila berubah untuk ALLAH, nanti takkan sedih bila ALLAH beri ujian kalau dapat lelaki tak berapa baik. insyaALLAH, ALLAh juga jaga kita dan tolong kita untuk berubah. pahala pun kita dapat.


selalunya, lelaki baik akan dapat perempuan baik. tapi kalau kita dah baik, tapi dapat lelaki tak berapa baik tu, anggaplah tu ujian."




betul bukan? :')


untuk cari pasangan yang betul memang susah. tapi lagi susah untuk betulkan diri. kalau nak lelaki yang jaga solat, terlebih dahulu, kita sendiri yang patut jaga solat kita. kalau nak lelaki yang pandai jaga duit bagai, sepatutnya, kita sendiri yang betulkan diri kita untuk pandai jaga diri.






tapi, makin lama aku cuba betulkan diri aku sendiri. ikhlaskan diri berubah kerana ALLAH. bukan senang, sungguh susah. tapi Alhamdulillah. ALLAH akan selalu bantu hamba hambanya yang berubah ke arah kebaikan dan selalu berdoa.

dan kini aku boleh teruskan dan Alhamdulillah kini aku telah jumpa insan yang terbaik buat diri aku dan InsyaAllah dia lah yang terbaik buat aku but aku tak tahu lah sama ada dia jodoh atau tidak...Itu kuasa Allah dan aku mampu berdoa agar dia adalah buat aku dan ayah kepada anak-anak aku..Oh aku pon tak tahu nak cakap apa..Maluu pon ada..hahaha.... 






dan yakinlah pada ALLAH, ALLAH tak pernah salah memberi sesuatu kepada hamba-Nya.
dan aku selalu ingatkan diri aku, perkahwinan, bukanlah sesuatu yang suka suka. penuh dengan tanggungjawab, amanah, ujian, dan bukanlah untuk jangka masa yang pendek, tapi selama kita hidup dan InsyaALLAH akan diteruskan hingga ke generasi akan datang.


dan aku faham, kenapa perkahwinan selalu dikaitkan dengan 'Bina Masjid' dan bukan Kem Bina Negara ataupun Bina Rumah bukan juga Bina Supermarket -.-'


sebab musabab, dengan harapan, dengan berkahwin, kita seperti membina Masjid. yang suatu hari nanti kita akan penuhi masjid kita dengan jemaah yang soleh dan solehah. yang selalu dekatkan diri dengan ALLAH. jemaah kita yang penuhkan masjidkan kita tu adalah Anak Anak kita seterusnya.


sweetkan 


semoga kita semua sudah bersedia untuk berubah ke arah kebaikan dan terus istiqamah. dan semoga kita semua akan ditemukan dengan pasangan idaman kita semua.  amin


Jodoh itu rahsia ALLAH. dan ALLAH telah pun tertulis jodoh terbaik untuk kita di luh mahuz.

No comments: