Monday, May 21, 2012

syg..tunggu abg di sana

Nur Syifa, seorang perempuan solehah yang tak hanya sekadar cantik, perhiasan iman dan kesolehannya menghiasi setiap langkahnya. Nur Syifa cukup terkenal dikalangan aktiviti kampus. Nur Syifa mulai memasuki sebuah fasa yang sering dialami setiap wanita. Usianya memasuki dua puluh lima tahun, hatinya mulai dihiasi rasa rindu yang tak mampu diurai dengan logika.



Perlahan Nur Syifa menyusun kepingan-kepingan keinginannya dan mengumpulkan segenap kekuatan. Ia menemui murabbinya.



“ Mak Cik Hasna, saya ingin menikah. Tolong carikan saya calon ya Makcik…”



“ InsyaAllah dik,, biodata dan gambar adik sudah disiapkan?”



“ Sudah macik, ini biodata saya..”



“ Oke, adik jangan lupa terus berdoa ya…”



Dengan wajah penuh semangat dan azam yang kuat, Nur Syifa melangkah meninggalkan rumah Hasna. Sejak itu ia tak pernah berhenti berdoa. Setiap malam ia semakin rajin berkhalwat dengan Rabbnya. Sujudnya semakin panjang menghiasi setiap solatnya.



“ Ya Rabb, hamba menyerahkan semua padaMu. Engkaulah yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba. Hamba hanya ingin seorang lelaki soleh. Yang kan mencintai hamba dengan kecintaanNya padaMu. Yang kan selalu membuat hamba iri dengan ketaatannya padaMu. Hamba ingin seorang lelaki soleh,, yang kan melepas hamba dengan redha dan keikhlasannya ketika hamba berpulang kepadaMu.. “ Itulah sebahagian doa Nur Syifa..



Hari berganti hari, belum ada khabar dari Mak Cik Hasna. Di satu sisi Nur Syifa gelisah, di satu sisi dia terus berusaha menenangkan dan menguatkan hatinya.



Baru beberapa ia menyerahkan biodatanya, sedangkan diluar sana mungkin ada yang telah menunggu bertahun-tahun. “Ah… harus tetap semangat..!” bisiknya dalam hati.



***



Di tempat lain, lelaki soleh, sedang bermunajah di penghujung malam. Hatinya menangis pilu. Beberapa kali hatinya terluka, lamarannya beberapa kali ditolak. Sedangkan usia semakin menunjukkan angka yang semakin tua, belum lagi orang tua yang semakin hiba melihatnya tak kunjung bersanding dengan bidadari. Keinginan untuk menikah pun tak dapat  dibendung lagi. Ia tak tahu harus berikhtiar apalagi. Ia hanya bisa mengadukan pada RabbNya, memohon segenap kekuatan dan semangat yang sempat padam.



“ Nak, ayah dan ibu selalu mendoakan kamu. Mungkin yang kelmarin memang belum yang terbaik buat kamu…”.

 

Ia, Ahmad, tak kuasa menahan hiba ketika teringat ucapan ibunya. Sebagai seorang lelaki, dia cukup ideal. Dia lelaki yang soleh, tampan dan dari keluarga yang baik.



Suatu hari, ketika ia beranjak dari tempat duduknya, setelah mengikuti kajian yang diadakan ISLAMIC CENTER, ada seorang sahabat menyapanya.

“ Assalammualaikum.. Ahmad, apa kabar?”



“ Wa’alaikumsalam, Adil, Alhamdulillah, aku baik. Kau Dil?”



“ Alhamdulillah, baik. Aku sekarang  mempunyai dua anak. Isteri aku sedang hamil anak yang kedua. Kau bagaimana? dah nikah?”



Ahmad yang tadinya ceria menyambut sapaan Adil kini berubah sedih. Adil mengajaknya duduk dibawah pohon besar dekat masjid. Pohon rendang yang sangat menyejukkan. Kemudian Ahmad menceritakan semua kegagalannya menjemput bidadarinya.



“ Ahmad, kau harus tetap semangat. Aku yakin bidadarimu tidak jauh lagi. Oh ya, kebetulan, adik-adik isteriku beberapa ada yang meminta tolong untuk dicarikan suami. Bagaimana kalau  aku bantu? Siapa tahu jodoh?”



“ Betul ni Dil? Kau serius?”



“ Ya lah Mad, urusan ini tak boleh lah main-main.”



Tidak menunggu lama, beberapa hari kemudian Ahmad datang ke rumah Adil. Adil adalah suami Hasna, guru ngaji Nur Syifa. Adil dan Hasna memberikan beberapa sampul surat tertutup yang isinya biodata muslimah.



Ahmad mengambil satu dan kemudian ia istikharah. Tiga hari kemudian, Ahmad menyampaikannya dengan muslimah yang pertama kali dia ambil biodatanya. Biodata yang menuliskan nama Nur Syifa. Hasna pun menyampaikan kepada Nur Syifa hingga proses ta’aruf pun terjadi.



***



Mungkin inilah yang dinamakan jodoh. Keluarga Nur Syifa mahupun Ahmad sangat bahagia dan sangat merestui keduanya untuk menikah. Pertemuan keluarga pun diatur, kedua keluarga memilih untuk mengatur pernikahan yang sederhana. Semua keluarga terlibat mempersiapkan pernikahan mereka. Termasuk Hasna dan Adil, yang menjadi orang terdekat Nur Syifa dan Ahmad.



Seperti sebuah mimpi yang akan menjadi kenyataan bagi Nur Syifa dan Ahmad. Beberapa waktu lalu mereka masih dalam seribu pertanyaan, menanti siapakan belahan jiwa mereka. Beberapa waktu lalu semua masih terbungkus rahsia dan diselaputi misteri. Sekarang..? Tak terasa sampai  dua hari menjelang pernikahan.



“ Astaghfirullah, undangan buat kawan di kampus.. Terlupa…” rungut Nur Syifa. Dengan sepantas kilat Nur Syifa bersiap-siap menuju ke kampusnya. Ia akan menyampaikan undangannya untuk kawan-kawan di kampus.



“ nak ke mana Nur? tergesa-gesa?” tiba-tiba ibu menghampirinya.

“ nak hantar kad undangan kat kawan2 di kampus ibu, .”

“ suruh kawan kau je , kau jaga dirimu, kan kelmarin sudah sibuk..”

“ InsyaAllah tidak apa-apa ibu, Nur Syifa berangkat dulu ya..”

Nur Syifa akhirnya pulang ke kampusnya naik bas. Jam satu tengahari, udara kota sedang panas tapi Nur Syifa masih bersemangat. Saat turun dari bas, menuju gerbang kampusnya ia melihat seorang anak kecil yang comel sekali. Mirip ketika dia masih kecil dulu, pipinya gebu. Anak kecil itu begitu aktif, namun tiba-tiba anak kecil itu terlepas dari genggaman ibunya yang sedang menyambut sapaan seorang wanita. Anak itu berlarian. Nur Syifa melihat sebuah kereta melaju cepat ke arah anak kecil itu. Pantas Nur Syifa berlari dan mendorong anak itu… Braaaaaakkkk…..!!!



Nur Syifa dilanggar, terlempar jauh, bermeter-meter. Tubuhnya terguling hebat. Suasana menjadi riuh, banyak orang berdatang mengerumuni tubuh Nur Syifa yang berlumuran darah. Nur Syifa tak sedarkan diri. Ia dikejarkan ke hospital terdekat. Keadaan Nur Syifa semakin kritikal. Doktor sedang berusaha menyelamatkannya. Keluarganya sampai, ibu, ayah, adik, kakak dan beberapa ahli keluarganya. Mereka tak mampu menahan air dan menangis dengan sedihnya.

Nur Syifa masih koma, tak sedarkan diri. Ibunya mencuba untuk menguatkan diri, dipakaikannya jilbab pada puterinya yang solehah. Ibu Nur Syifa ingin puterinya tetap cantik dalam balutan jilbabnya, jilbab pink kesayangannya. Tak lama kemudian Ahmad dan kedua orang tuanya datang. Ibu Ahmad yang masuk ke ruang ICU, Ahmad dan bapanya menunggu di luar. Ibu Ahmad tak sanggup menahan airmata pilunya, dia mencium kening calon menantunya yang tersandar tak berdaya. Ahmad pun tak bisa menyembunyikan kesedihannya, dia lebih banyak diam.



***

Hari ini harusnya Nur Syifa menjadi seorang pengantin. Nur Syifa masih terbaring lemah di ruang ICU, sesekali respon pada kehadiran orang-orang dekatnya dengan kerdipan matanya yang sayu. Dengan hati amat perih, Ahmad memasuki ruang ICU ditemani ibunya.



“ Ibu, Ahmad punya satu permintaan. Tolong izinkan Ahmad menikah dengan Nur Syifa sekarang ya Bu…” Entah seperti kenapa, ibu Ahmad yang terlanjur mencintai calon menantunya itu mengiyakan permintaan anaknya.



Setelah keinginan Ahmad disampaikan kepada semua keluarga. Pernikahan pun segera disiapkan. Ibunya Nur Syifa dan Ibunya Ahmad mendandani Nur Syifa hingga ia nampak begitu cantik dengan busana pengantin yang sudah dipersiapkan untuk hari bahagianya.



Suasana begitu haru, ayah Nur Syifa sendiri yang akan menikahkan puterinya dengan Ahmad. “ Saya nikahkan puteri saya Nur Syifa Nur Putri binti Arief  dengan engkau Fahrin Ahmad  bin Amran dengan mas kawin seperangkat pakaian solat dibayar tunai…” “ Saya terima nikahnya Nur Syifa Nur Putri  binti Arief  dengan mas kawin sepasang pakaian solat dibayar tunai..” Dan saksi-saksi pun berkata, “Sah..!”. Doa barakah pun mengalir menyambut perjanjian suci dua hati.



Hanya ada Ahmad dan Nur Syifa di ruang ICU, Ahmad menggenggam tangan Nur Syifa, mencium kening istrinya dan mendoakannya. Nur Syifa meresponnya dengan senyuman. Ahmad bahagia sekali.



“ Nur Syifa, emm bolehkan aku panggil  Nur Syifa ''sayang''? Abang gembira akhirnya kita berdua dipertemukan Allah. Sayang bahagia kan? Oh ya, abang hafal Surah Ar Rahman .. abang bacakan buat sayang ya…” Ayat demi ayat surah Ar Rahman mengalun menghiasi suasana romantis dua hati yang sedang mensyukuri kebersamaan mereka.



Mungkin terlihat seperti kebersamaan yang sepi, namun dua hati mereka sedang berdialog dengan cinta yang tak dapat terlukiskan oleh tinta. Hanya mereka dan Tuhan yang tahu. Dan, ketika sampai di ayat yang terakhir, tangan Nur Syifa menggenggam erat tangan Ahmad.



“ Sayang nak cakap sesuatu?”, tanya Ahmad dan mendekatkan telinganya. Namun tak terdengar apa-apa. Ahmad  melihat gerak bibir istrinya yang terlihat lemah.



“ Iya sayang, abg insyaAllah redha… sudah, sayang rehat ya….” Nur Syifa pun pelan-pelan kembali menggerakkan bibirnya, seakan mengucapkan sesuatu. Terdiam, pelan-pelan Nur Syifa tersenyum dan menutup matanya untuk selamanya.



Ahmad tak kuasa menahan airmatanya. Isteri yang dicintainya telah pergi. Ahmad teringat dengan sebuah hadis, isteri yang meninggal dunia dalam keredhaan suaminya akan masuk syurga. (Ibnu Majah, Tirmidzi)



“ Tunggu abang di syurga ya sayang…” ucap Ahmad dengan senyum dan airmata yang berlinang bersama.




TAMAT

Notacinta : Ya Allah...tabah ke aku? Kau limpahkan ketabahan kepadaku...

No comments: