Monday, May 21, 2012

Allah Maha Menentukan yg terbaik


Terlebih dahulu sebelum bait bicara terus menari nari bersama rentak jemari yang lancar berpijak pada papan keyboard ni, aku ingin memohon seribu kemaafan kepada semua muslimin muslimah..


Tak tahu nak update apa sebenarnya.. Hmmm semalam hari yang menarik bagi aku.. Eceh nak cerita pasal semalam la ni... Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik sekali... Sebab apa yang ada kat kepala otak aku lain tau dan berlakunya lain.. Amazing, very shocked, happy, best, thankful to Allah..

Pertama kali dalam hidup aku.. Thankful !

Apa yang menariknya kat sini my parents was blessing.. Thankful !

My auntie say '' Handsome la DIA '' Thankful !

and did not know I express with words.. Thankful !

lianna taqoddamu ilaAllah (berserah kepada Allah)... InsyaAllah.. Aku terima segala ketentuan yang telah Allah anugerahkan untuk aku... Aku tak tahu rasa ini hanya dimiliki oleh aku seorang je ke @ juga dia? Mungkin hati dia telah dimiliki oleh orang lain yang berhak.. Aku je yang mengharapkannya... Wallahu'alam

InsyaAllah jika ada jodoh DIA lah pemimpinku kelak... AMIN... 

Dalam firman ada menyatakan soal ketentuan Allah adalah lebih baik...

"Adapun anak itu, maka kedua-duanya ibu bapanya adalah orang mukmin, dan kami bimbang bahwa ia akan mendorong kedua-dua ibu bapanya kepada kesesatan dan kekafiran. Kami menghendaki supaya Tuhan mereka menggantikan bagi mereka dengan anak lain yang lebih baik kesuciannya dan lebih besar kasih sayangnya (kepada ibu bapa'nya)."

                                                                       (Surah Al-Kahfi: 80-81)


Maka Rasulullah mengajar kita supaya berdoa dengan doa ini: 
”Ya Allah janganlah Engkau serahkan diriku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata.”




Mengapa??? kerana diri kita lemah, ilmu cuma ‘sekerat’, kudrat kita terhad... Mana mungkin kita dapat mengharungi kehidupan yang begitu mencabar ini hanya bersandarkan kekuatan diri... Justeru, dalam doa itu Rasulullah saw berpesan  agar serah dan pasrahkanlah hati serta diri kepada Allah.



Kita tidak mengetahui apa yang terbaik untuk diri kita sendiri sebenarnya,,. Kita hanya penerima, kita bukan Pemberi... Yang memberi ialah Allah, dan Allah menegaskan apa yang diberikanNya untuk kita adalah baik belaka... Namun akal kita tidak akan mampu mengetahui rahsia di sebalik yang pahit, pedih dan sakit. Mahunya yang manis-manis sahaja...  Apatah lagi nafsu… ia akan memberontak apabila terjadi sesuatu yang berlawanan dengan kehendak tabienya.

Bayangkan kita sedang berjalan di tepi pantai sewaktu matahari mula terbenam.... Warna di kaki langit menjadi jingga, oren dan kuning keemasan... Kita melihat dan menikmatinya sahaja. Kita tidak berkata, “sewajarnya ditambah warna kuning, dikurangkan warna jingga.”
Tidak!! Kita tak akan berkata begitu... Sebaliknya kita memilih untuk ‘bersahabat’ dengan alam dan menikmati lukisan alam seadanya. Hasilnya? Kita tenang. Kita nikmati alam seperti seadanya… akur kepada Pencipta senja...
Ironinya, sikap kita tidak begitu apabila berdepan dengan ‘lukisan takdir’ pada  kehidupan kita... Sedangkan lukisan alam dan lukisan takdir itu sama-sama datangnya daripada Allah... Mengapa kita memilih untuk berkrisis dengan ketentuan Allah dan tidak mahu menerima semua itu seadanya?

Dan itulah yang terjadi pada aku sekarang... Berfikiran dan bersangka negatif.. MasyaAllah... Aku percaya dengan ketentuan Allah.. Dan kadang-kadang menyebabkan aku berasa curiga adalah reaksi dan tindak tanduknya,,, Hmmmmm

Dan Allah menyuruh kita berusaha... Berusahalah dengan segala upaya yang dikurniakan Allah... Tidak salah, malah kita dituntut untuk mencorakkan kehidupan sendiri dengan panduan serta kekuatan yang dibekalkan oleh Allah ... Namun, setelah berusaha dan bersusah payah semaksimumnya, letakkan segalanya di pinggiran... Jangan sekali-kali bersandarkan kepada diri, namun bertawakkal, bersangka baik dan berdoalah kepada Allah. Apapun nantinya hasilnya, katakan pada diri, “aku harap yang baik, Allah akan memberi yang baik.” InsyaAllah...

Jika yang diharapkan berlaku, syukur.... Namun sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka dan tidak disangka… sabarlah wahai diri... Belum tentu itu satu keburukan. Seringkali keberkatan, kebaikan dan kejayaan dibungkus oleh takdir dengan kepahitan, kerugian dan kegagalan. Seringkali kita gagal melihat hakikat ini ketika ia sedang berlaku… namun apabila sedikit masa berlalu barulah kita sedar, rupa-rupanya Allah takdirkan kita berundur ke belakang untuk mengambil lajak bagi melonjak lebih tinggi dan lebih jauh ke hadapan.
Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untuk kita... Kita akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik setiap takdirNya. Ya, kita tidak akan tahu segalanya, kerana ilmu sekelumit cuma... Namun apabila Allah yang Maha Penyayang telah memilih DIA untuk kita maka yakinlah Kasih SayangNya sentiasa mendahului... Yang pahit itu akan menjadi ubat... Yang pedih itu akan menjadi penawar.
Jika itulah suara hati kita, mana mungkin kita gelisah, resah dan stres keterlaluan? Yakinlah, kita hamba Allah… Allah tidak akan mengecewakan kita!

No comments: