Wednesday, May 23, 2012

OOOH DONAT


BAHAN-BAHAN ( 18 BIJI ) ramai sangat yg nak so buat la banyak




  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik atau dipanaskan sedikit
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • minyak untuk menggoreng





Cara-cara
  • Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih... Kalau nak lagi sedapkan yis dengan telur di bland...
  • Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung... Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh... Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan...
  • Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti...
  • Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari...
  • Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda...
  • Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak...
  • Toskan minyak... Salut degan icing semasa donut itu masih panas...

Selain itu pelbagai hiasan boleh digunakan .. Macam aku dengan kawan-kawan aku buat tadi


Topping Coklat
  • 100g coklat masakan-dihiris/potong kecil2
  • 1 sudu teh mentega/marjerin
  • 1 sudu besar whipping cream
  • Chocolate rice secukupnya

Cara2:

  1. Gunakan kaedah double boiler(panaskan bekas tahan panas di atas periuk yang berisi air),masukkan coklat ke dalam bekas tersebut dan cairkan(kacau dengan hand whisk)...
  2. Masukkan mentega dan whipping cream dan kacau sehingga halus dan sebati. sedia untuk digunakan.


Topping Susu
Bahan2:

  • 1/2 cawan susu tepung-apa2 jenama,bagi ibu mengandung boleh je guna susu tepung untuk ibu mengandung, begitu juga untuk anak2.. boleh guna susu tepung mereka... Kalau nak guna susu tepung kat bakery tu pun ok je..HAHAHA.. terkena kau!
  • 1/3 gula pasir

Cara2:
  1. Masukkan bahan di atas ke dalam pengisar bahan kering dan kisar sehingga halus.
  2. Tuangkan bahan kisar ini ke dalam bekas plastik,atau bekas bertutup.. masukkan donut yang sudah suam ke dalamnya dan goncang... Donut akan tersalut lebih sebati berbanding digolek2 sahaja..

 Almond Donut Cookies



Bahan:
  • 200 gram margarin
  • 100 gram gula halus
  • 2 buah kuning telur
  • ¼ sdt vanila
  • 40 gram susu 
  • 300 gram tepung 
  • 50 gram dark cooking chocolate
  • 80 gram kacang almond, sangrai, cincang halus


dan banyak lagi sebenarnya.. Dah penat menaip...




haaa yang ni tangan aku yang buat.. Hahaha besar gila lubang dia... Boleh buat gelang kat tangan...


haaa ni kawan aku buat.. mudahnya kerja kau.. kekonon nak cun la tu donat dia.. hahahaha


Bersedia untuk goreng.,.. Ingat api jangan kuat nanti dos yg kat dalam tak masak pulak.. Habis nanti mentah lagi... Ish ish


haaa time ni terperang sangat warnanya..
 akibat menyanyi kat dapur beramai-ramai...



round kali ni memang cantik warnanya.. putih jee.. putih dan gebu.. awwww...


so ini adalah hasil aku... keh keh keh.. yummy sedaapp tau...


kerinting dah rambut donat ni.. tapi sedap tau.. hasil dari kawan aku ana..



hasil aku.. emm tak comel daaa.... warna donat ni merah kemerahan..


hasil mak buyoot... mengidam sebenarnya dia ni... comel kan? banyak bebeno nips dia letak




hasil kawan aku Raja


hasil umi.. yang ni sedap gak..


hasil dari ika jugak..

ookkk dah siaappp.. SELAMAT MENCUBA !

notacinta : kawan aku pregnant mengidam donat aku yg buat.. lepas ni turn aku prgnant pulak apa yg aku mengidam ea.. *merenung masa depan... InsyaAllah...

No comments: