Thursday, May 24, 2012

hot pizza





Bahan bahan:

Untuk doh 

  •  500 tepung gandum
  •  11 gram yis segera
  •  1 sudu teh gula
  •  1 sudu teh garam
  •  1 sudu makan majerin
  •  1 cawan air suam
  •  ½ cawan minyak


Untuk doh :


  •  Gaul rata semua bahan untuk doh sehingga lembut... Tutup dengan kain lembap dan biarkan naik 2 x ganda.

  • Tumbuk tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bahagikan kepada beberapa ketulan..

time ni aku nak lenyek-lenyek bentuk bulat mcm muka kau..

  • Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki. Biarkan selama 15minit... Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180°c..






  • Bakar doh dalam ketuhar selama 10 minit...



  • Keluarkan dan ratakan tomato puri dikuti inti... Then tomato, cili benggala, cendawan,nanas dan tabur ke atasnya keju parut.

  • Bakar seketika hingga hingga keju cair sepenuhnya..









Untuk inti (topping) :
  •  250 gram daging kisar
  •  2 biji tomato
  •  1 labu bawang besar
  • 1 biji lada benggala kecil
  •  2 ulas bawang putih (cincang)
  •  3 keping nanas (potong dadu)
  •  1 cawan cendawan butang (potong 4)
  •  100 gram cheese mozzarella parut
  •  1 sudu makan minyak
  •  3 sudu makan cili sos
  •  1 cawan tomato puri
  •  1 sudu teh serbuk daun aregano
  • 1 sudu teh garam


Cara :Untuk inti (topping) :

  • Tumis bawang putih hingga naik bau.

  • Masukkan separuh tomato puri, cili sos, garam, oregano dan daging, kacau rata hinggadaging masak.

  •  Masak hingga pekat dan ketepikan.





UNTUK SOS :

Sos spaghetti perisa Tradisional Prego


 sapu sos spaghetti , letak bahan inti tadi dan tabur cheese monzarella ... dah siap untuk dibakar , mudah dan ringkas...


Yang ini pula plain tak de sos... bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 20 minit

dah pun siap yummy.... comott je aku tengok pizza ni


ni hasil kedua aku buat kemas-kemas.. hanya dua je yang kemas,,..

notacinta : akhirnya aku dah pandai buat pizza.. hahahahaha.. eksaited niee..

2 comments:

maisarah saimin said...

sedapnya pizza tu...masak lah untuk mai ngan syaza :)

maisarah saimin said...

sedap nya pizza..masaklah untuk mai ngan syaza :)