Thursday, March 1, 2012

Hanya Allah Maha Menetahui..semoga kekal kerana Allah

Tadi exam best? apa yang bestnya? bestnya sebab ain buat karangan tajuk Keindahan wanita dalam kehidupan Islam... Waaah la dah karangan bahasa arab.. menggagau jugak la kan nak buat tadi.. Tapi Alhamdulillah ain dapat la juga buat tadi.. membuatkan seronoknya sebab tajuknya tu membuatkan ain bertambah nak duduk lama kat dewan peperiksaan tu.. hehehe..


Ok saje nak share apa yang ain buat tadi.. Point yang menariknya kat sini 


''Sebenarnya keindahan wanita bukan semata-mata dilihat dari segi lahiriah dan zahir semata-mata  tetapi lebih daripada itu memerlukan keindahan dalaman yang mewakili hati dan akhlak serta budi yang luhur apatah lagi dipasakkan dengan keimanan sejati. Inilah yang hakiki patut didambakan oleh kita semua kerana ia sudah pasti menatijahkan kebahagiaan hidup di dunia seterusnya berlangsungan hingga ke akhirat.''


Hehehe... harap-harap ustazah bahasa arab ain tu seronok la baca karangan ain tu.. hehehe...


Sebenarnya ain bukan nak cerita pasal exam tadi tapi pasal lain sebenarnya... Pasal hmmm ntah la.. Ya Allah Hanya Allah Maha Mengetahui my feelings now... Yesss is the first time I feel like this...  Ya Allah semoga Kau kekalkan rasa ini hingga ke syurga... Serius, takut sangat kehilangannya.. semoga dia adalah suamiku dan ayah kepada anak-anakku....


But now, my prayer is specifically... khusus untuknya kerana Allah... Semoga Allah pelihara niat suci ini.. Amin... Dan tak tahu juga kenapa dengan dia ain boleh nak jadikan doa itu adalah suatu yang khusus dan wajib. Itu la dinamakan kuasa Allah macam cerita ni klik sini sayang..... 


Ok contoh dalam situasi

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya tertarik dengan kesempurnaan dan tidak meninggalkan solat lima waktu berjemaah
.
Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?
Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini...

Jawapan :

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai 'konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.
Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah 'jatuh cinta' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar ditolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :

1) Gunakan Orang Tengah
Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina 'rumahtangga' bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk 'Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh' (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a. berkata di sisi anak perempuannya :
Ertinya : "Telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu :  "Adakah dikau punyai hajat kepadaku?" ; maka anak perempuan Anas menyampuk : "Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya" ; maka Anas menjawab : "Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW." ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).
Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).
Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Ta'aruf (Kenalkan) Kepada Ibu Ayah Atau Wali Dan Pergi Melihatnya
Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau 'wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.
Antaranya dalilnya : "Telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya?" : "Belum jawabnya." ; Nabi menjawab :
Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)." ( Riwayat Muslim).
Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : "Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua." ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).
Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd 'Uqlah, 1/206)

3) Elakkan Terlalu Lama Dan Bertangguh
Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa kepada yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :
Ertinya : "Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH." ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).
Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294).

4) Jangan Hebahkan Secara Awam
Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan 'janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Elak Berdua-Duaan
Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang 'merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Kurangkan Komunikasi
Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara 'verbal' lebih mudah.

7) Dan paling penting jangan melakukannya dan jangan sesekali ada niat sebegini
  • Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  • Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah (dipercayai).
  • Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  • Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  • Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  • Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  • Awas daripada bertukar gambar.
  • Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.
Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin.
Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat).
Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin.
*Sekadar panduan untuk diri sendiri,nak share pun boleh.. ^_^


ayat yang kat atas warna hijau tu memang terlalu banyak persamaannya dengan rasa hati ini.. yang bab-bab berubah tu tak sama tau dengan ain... Kalau ain nak jadi baik macam mana pun itu semuanya kerana Allah dan untuk kebaikan bersama... 


Dan lagi satu ain sekarang ni suka sangat berdoa dengan doa ni tak tinggalkan pon... Ya Allah... syahdu sangat-sangat setiap kali berdoa.. Itu la dinamakan Allah telah temukan jodoh kita.. Sebab tak tahu nak cakap macam mana.. Allah MaHA Mengetahui.....




Bismillahirrahmanirrahim...


Ya Allah 
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat 
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas 
Kau berikanlah aku kekuatan mental 
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan 
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista 
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu 
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan 


Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash 
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya 
Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu 
Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya 
Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu 
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya 
Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu 
Peliharalah tingkah lakuku serta kata-kataku dari menyakitkan perasaannya 
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu 
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya 


Tetapi 
Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang 
Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu 
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu 
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya 
Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan 
Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya 
Sekiranya suami ku menyintai kesesatan 
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena 


Ya Allah 
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku 
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku 
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan 
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai 
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri 
Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu 
Sekiranya aku engkar dan derhaka 
Berilah aku petunjukkan kearah rahmatMu 


Ya Allah sesungguhnya 
Aku lemah tanpa petunjukMu 
Aku buta tanpa bimbinganMu 
Aku cacat tanpa hidayahMu 
Aku hina tanpa RahmatMu 




Ya Allah 
Kuatkan hati dan semangatku 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu 
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami 
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu 
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah 


Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan 
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu 
Kerana aku sedar hinanya aku 
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru 
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu 
Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu 
Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu 


Ya Allah Tuhanku... 
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati 
Isteri yang dikasihi 
Isteri yang solehah 
Isteri yang sentiasa dihati suamiku... 
Amin ya robbal'alamin..

doa lain aku tak lupa juga seperti 
Ya Allah..
permudahkan la jodohku dengan **
satukan la hatiku dengan **
kekalkan la rasa ini hingga ke syurga
cepatkan  jodohku dengan **

dan banyak lagi yang selebihnya tu biarla rahsia sebab doa ain terlalu masa depan...

Semoga Allah perkenankan doaku dan doanya.... Ya Allah semoga semua ni menjadi kenyataan dan abadi..AMIN


NOTACINTA : Ya Allah.. aku terlalu bersyukur sangat.. ALHAMDULILLAH..


No comments: