Sunday, March 11, 2012

berdosakah kalau kita berkecil hati

Bismillah

Kenapa tanya dengan saya...saya bukan ustazah dan pakar motivasi yang masih tidak cukup ilmu di dada.. Tadi ada seorang makhluk Allah ni tanya soalan pada saya di Facebook.. hmmmm sebenarnya tidak tahu sangat pun tapi saya berusaha juga untuk mencari jalan penyelesaian untuk saudara itu... Alhamdulillah saya kuatkan juga untuk menolong saudara tu..

Sahabat yang dikasihi Allah s.w.t. sekelian.... menjawab kepada persoalan "Berdosakah kalau kita berkecil hati ?",

Pada pandangan peribadi saya (mungkin ada yang tidak setuju, tetapi dalami maksud ini)

Lumrah hidup manusia ada ketika senang dengan situasi tertentu dan ada ketika ketidakpuasan hati mula terbit bila perkara yang tidak diingini atau disangka berlaku. Dunia yang penuh dengan pelbagai ragam, gaya, cara dan kehidupan bermasyarakat.

Tidak dinafikan ada suasana dan keadaan yang membuatkan hati kecil kita kecewa atau tergugat. Life is like a tree... cuba lihat pokok, panas, hujan, ribut.... tetap berdiri teguh... perlu sabar dan terima dengan hati yang lapang. Mudahnya berkata...tidak sama apabila ujian ditimpa atas diri kita lebih lagi bila ianya untuk menguji sejauhmana kekebalan, kekuatan dan tahap iman dan diri kita.

Kenapa berkecil hati?
Bagaimana untuk mengatasinya?

Apa yang sinar fikir perlu bagi membendung "rasa" ini dalam peribadi setiap manusia. Cara terbaik... face to the person yang membuat kita berkecil hati.... terangkan dengan cara berhikmah (nasihat) atau sampaikan dengan tarikan tertentu kepada dirinya..

Tidak sekali,
Bermasam muka
Berkata dibelakang
Menjaja cerita pada pengetahuan masyarakat sekeliling (gosip!)
Salah sangka


Apa yang ada diatas ini akan membuatkan lagi hubungan bertambah keruh dan membibitkan masalah lain. Sebaiknya bila terjadi kekusutan dan kekurangan atasi dengan secepat dan sebijak mungkin. Hidup kita perlu antara satu sama lain. Rawatilah dengan perbincangan sesama insan terlibat.... berbaik sangka dan tidak mudah ambil hati (sensitif) atau menganggap bahawa kesilapannya itu tidak boleh diubah dan diperbaiki. Kita seperti apa yang difikirkan. Jadikan ianya satu pengalaman. Manusia yang indah pekerti, antaranya mudah memaafkan serta melupakan. (susah nak lakukan tapi dengan cara inilah satu-satunya menunjukkan keunggulan peribadi insan bernama muslim/islam)


Wallahua'alm.

No comments: