Sunday, October 16, 2011

sayang mata takk?

1- JANGAN MINUM AIR 1-2 JAM SEBELUM KITA NAK TIDUR @ DI ANTARA WAKTU TIDUR (bangun tengah-tengah malam dan minum air)

KENAPA ? SEBABNYA IALAH...supaya dekat bawah mata kita tu takde kantung mata atau kawah besar macam gambar dekat atas tu tadi. Tapi, tak tau lah kalau daripada sejak azali lagi dah ada mata camtu, tak dapek den nak nolong ehh..hehehe. Kalau korang ni semua jenis yang suka air waktu malam 1-2 before tido, maknanya korang DENGAN SEGALA HORMATNYA MENJEMPUT gelembung bawah mata tu. YERR..air manusia dia simpan kat situ ! Bukan macam UNTA punya bonggol kat belakang dia tu. UNTA boleh jugak dia simpan air tu untuk kegunaan dia masa takde air. Yang korang ni pulak? Simpan air bawah mata buat apa?

2- JANGAN makan makanan YANG PEDAS!

3- JANGAN  makan makanan YANG BEREMPAH!

KENAPA ? SEBABNYA IALAH...supaya bawah mata kite tu tak HITAM! Orang Mat Salleh kata DARK UNDER EYES tu. Bila bawah mata kite hitam, kite selalu pikir yang benda tu berkait rapat dengan tidak cukupnya tidur dan rehat. Tu memang salah satu daripada puncanya jugak. Tapi,MAKANAN JUGA MEMPUNYAI PENGARUH YANG SANGAT HEBAT JUGAK TAU !

Kalau korang semua tak percaya, korang cuba bandingkan  :-

ORANG MELAYU ( suka makan pedas - bawah mata ada laa hitam sikit-sikit pada sesetengah orang)

ORANG CINA ( kulit putih sebab tak makan makanan berempah dan bawah mata pon kadang-kadang ada eyebag dan sea sewaktu dengannya.

ORANG INDIA ( SUKA MAKAN PEDAS DAN BEREMPAH - MAJORITY BANGSA INDIA mempunyai bawah mata yang gelap, tidak dinafikan itu juga sebahagian daripada genetik kita. Jangan marah yer kaum2 sekalian. Ini hanya untuk example saje.
 contoh bawah mata gelap
So, jawapan dia ialah kene lah 
1-  MINUM AIR BANYAK-BANYAK

Amalkan minum AIR SUAM, AIR MINERAL, or SPRING WATER 8 GELAS SEHARI ATAU BELI JE X2 1.5L air botol tu. Habis kan untuk sehari. Tapi INGAT! AIR SUAM JE OK !! Jangan nak gatai2 tegok air sejuk yang ada ice berketul-ketul tu. 

Apa akan jadi bila kita minum air? Yerr..korang akan selalu lah berjumpa dengan MR TANDAS!Kalau korang jenis malam nak jumpa MR.TANDAS, kirim salam laaa nak ubatkan diri sendiri tu. (haiiihh..aku balik-balik terasa dengan tips ni.haha). Bila kita kerap jumpa MR.TANDAS bila dah banyak minum air tu, kita akan membuang segala toxic dalam badan kita. Clear the skin dan makin berkurang lah puffyness under your eyes tu. InsyaAllah :) 

2- TEA BAG

HAAA... kata eyabag! meh kite treat dia guna TEA BAG PULAK! BERKESAN OK! Macam mana cara-cara dia? Sila amik uncang teh yang telah dicelup-celup ( buat-buat lah rajin nak buat teh panas secawan untuk mak ke, ayah ke, suami ke, adik ke) pastu perah sikit lebihan air kat uncang teh tu, dan sila baring sambil tekapkan ke atas mata anda dengan uncang teh tu. Macam dalam gambar kat bawah ni. Letak selama 20-30 minit pon dah ok. Depends dengan korang lah nak letak berapa lama. :)  jangan letak sampai selama-lamanya sudah. Pastu, terus basuh muka :)

3- TIMUN or TOMATO

Stock kan timun atau tomato banyak-banyak dalam peti ais korang tu. Bagus tau!terbukti berkesan!  caranya, HIRIS TIMUN atau TOMATO dalam dua hirisan. Pastu lekapkan saje kat mata kita tu. Sama jugak caranya macam letak teabag tu. Boleh pilih mana yang berkenan di hati :P
4- COLD EYE PADS

Haa..untuk yang rajin bangun pagi sebelum pergi keje atau pegi kelas tu, sila awalkan 20-30 minit supaya korang boleh pegi amik cold eye pads ni kat dalam peti ais, pastu sambung tido balik selama 20-30 minit.Pastu baru lah korang boleh siap-siap dengan rutin biasa korang. TUJUAN dia supaya, bagi kesegaran di bawah mata anda untuk hari yang ceria! Tak caya cuba lah! Alaah, korang boleh pergi carik benda ni dekat pharmacy jek ! Cuba carik dekat GUARDIAN or WATSON :)

5- EYE CREAM/EYE ROLLER

Sapa kata eye cream tu tak perlu? Perlu ok! Sila amalkan pemakaiannya setiap hari pada waktu pagi dan waktu petang. Kulit di bahagian mata kita sangat sensitif dan halus, so, kena jaga baik-baik. Korang boleh laa nak pakai ape2 untuk eye cream or eye roller yang sesuai dengan korang ok. Janji pakai! :) 

6- COMPUTER/LAPTOP/TV

Wahh..ini peneman baik kita kan setiap hari? Tapi dia jugaklah musuh kita dalam selimut.haha. Kalau terover sangat menggunakannya dalam sehari, mata akan menjadi letih dan lesu apabila continuosly duduk menghadap semua musuh2 ni.hehe. so, ini jugak menjadi punca kepada gelap bawah mata. Cara terbaik untuk atasi masalah ini ialah, letak laa pokok warna HIJAU yang fresh di meja anda. ATAU carilah pemandangan yang berwarna kehijau-hijauan untuk dipandang selama 10-15 minit. Ini dapat merehatkan mata sebentar dan menyihatkan mata.
8- TIDUR

Tidur yang cukup juga membantu menghilangkan hitam bawah mata. So, tidurlah dengan secukupnya ok? :) 
nota cinta : Itu je tips dan info yang aku boleh sharekan :) Aku harap dengan adanya tips yang berguna ni, aku sendiri boleh praktikkan untuk hilangkan sedikit demi sedikit eyebag ni. Sama-sama lah kita try benda yang baik ni kalau kita sayangkan suami, tunang atau bf kite. hiihhihi. 

1 comment:

antzgirl said...

owhh..baru taw nih..pas ni, kena kurangkan mkn pedas :)