Friday, October 21, 2011

mendapat rezeki


petang tadi aku godek-godek kitab cari ilmu apa pun asalkan menarik..so aku terjumpa tajuk 'mendapat rezeki' suka aku bacanya so apalagi aku pun salin la artikel tu untuk dikongsikan bersama..
1. Selalu berusaha dengan sebaik-baiknya, baik sebagai pengusaha, pegawai, pekerja, pedagang, dan lain-lain yang pada dasarnya dapat menghasilkan wang.
Firman Allah : ” Dialah Allah yang menjadikan Bumi ini mudah bagi Kamu, maka berjalanlah disegala penjuru dan makanlah sebagian dari Rezeki-NYA. Dan hanya kepada-NYA lah kamu ( kembali setelah ) dibangkitkan “. ( QS Al Mulk : 15 )
2. Bertakwa dalam erti menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala larangan-NYA.
Firman Allah : ” Dan barang siapa yang bertakwa pada Allah, maka baginya akan diberikan jalan keluar dan akan diberikan Rezeki yang datangnya tanpa disangka-sangka “.QS Ath Tholaq : 2-3
3. Banyak membaca Istighfar. Iaitu memohon keampunan dari Allah SWT, atas segala dosa dan kesalahan. Firman Allah : ” Mohonlah Keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun, nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula sungai-sungai “. ( QS Nuh : 10-12 )
” Memperbanyak Istighfar itu dapat mendatangkan ( menarik) rezeki ” ( Lubabu al Hadits)
4. Bertawakal kepada Allah iaitu berserah diri dan menyandarkan segala urusan kepada Allah jua, seraya mohon pertolongan atas keberhasilan untuk memperoleh Rezeki yang lapang dan halal. Firman Allah : ” Dan barang siapa ber Tawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan ( keperluan )-nya “. ( QS Ath Thalaq : 3 )
5. Berdoa memohon dengan berzikir, kerana Allah s.w.t. adalah Dzat yang memberi rezeki dan kekuatan. Berdoa dengan mendekat pada Allah ( Ber Taqarrub )
Firman Allah : ” Berdoalah kepada-KU ( Allah ) nescaya AKU ( Allah ) akan mengabulkannya “.( QS Al- Mukmin : 60 )
6. Bermurah hati serta gemar mengInfaqkan sebahagian dari harta bendanya ke jalan Allah.
Firman Allah : ” Dan apa saja yang engkau Infaqkan, maka Allah akan mengganti. Dan DIA-lah sebaik-baik Pemberi Rezeki “. ( QS Saba’ : 39 )
7. Bertahmid, iaitu membaca Al-Hamdulillah ketika  mendapat  rezeki atau mendapatkan sesuatu yang menggembirakan. Bertahmid itu ertinya memuji dan bersyukur atas pemberian NikmatNYA itu. Allah akan selalu menambah rezeki orang-orang yang bersyukur.
Firman Allah : ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami ( Allah ), akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( Nikmat-KU ), sesungguhnya Azab-KU sangat pedih ” ( QS Ibrahim : 7 ).


yamg ni ada lagi ok



 1-Menunaikan solat dengan penuh khusyuk.
2. Rajin melakikan solat sunat Dhuha.
3. Mengerjakan solat Fajar dan Witir di rumah.
4. Tidak membincangkan soal keduniaan selepas menunaikan solat Witir.
5. Membaca surah Al-Waqiah. Baca pada waktu tengah malam terutamanya ketika orang lain sedang tidur.
6. Membaca Surah Al-Mulk
7. Membaca Surah Al-Muzammil
8. Membaca Surah Al-Lail.
9. Memperbanyakkan selawat ke atas Nabi S.A.W setiap hari.

1 comment:

dUniA blOg bLoGgEr said...

rajin ko baca kitab yer, bagus. Nice onfo btw