Thursday, October 20, 2011

menghaluskan kulit

pagi buta ni memang pagi mood petua..hhaha kenapa angin aku ntah nak menaip dan post pasal petua je..aku tak boleh tidor sebenarnya sebab petang semalam aku dah tidur tu yang makanya berburung hantu aku malam ni..aku ada lagi petua yang nak kongsi dan amalan aku pernah buat jugak tapi sekarang aku dah malas...tak tahu kenapa...Salahkan syaitan ok..


Baiklan untuk post pagi ini, aku akan masukkan petua yang telah lama digunakan oleh nenek moyang kita untuk menghaluskan kulit badan. Ada dua pilihan petua yang aku postkan di sini. Semoga ia sedikit sebanyak dapat membantu korang yang tercari-cari petua ini selama ini 

Petua 1 (menghaluskan dan menanggalkan daki di badan)
Bahan-bahan : daun sirih, beras


Cara : Blend segenggam beras sehingga halus. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih & beras tadi ke seluruh tubuh badan. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan. Petua ini bukan sahaja menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan membantu menanggalkan daki dan mengharumkan serta menyegarkan bau badan anda.


Petua 2 


Gorengkan beras tanpa minyak sehingga keperang-perangan,kemudian dikisar. Then tumbuk hingga hancur 1 inci kunyit hidup. Kemudian gaulkan beras dan kunyit tadi bersama-sama segenggam asam jawa yang telah dibancuh dengan sedikit air. Ramuan ini perlu diperapkan dahulu selama lebih kurang sejam.
kunyit hidup 

Apabila hendak mandi, gosokkan bahan-bahan tadi ke seluruh badan selama 5 minit. Bahan-bahan ini berupaya untuk menanggalkan sel-sel kulit mati dan juga daki. Kemudian bilas dengan menggunakan air biasa. Petua ini elok jika diamalkan seminggu sekali.




  • Haaa bagi orang yang nak kahwin boleh la amalkan...berseri la sikit kult badan tu..Dah tua2 pon boleh jugak bagi laki tak lari..

No comments: