Tuesday, October 18, 2011

kesihatan itu penting


ari ni aku rasa terpanggil nak bercakap pasal budaya makan orang kita. Lately, aku tengok Malayesia dah nak jadi macam Amerika dah. Makan tahap melampau. FYI, percentage of obesity people in USA is increasing each year, and nampaknya malaysia pon tak mahu kalah dengan USA. Budaya makan la ni dah berubah, dah tak macam dulu lagi. Aku ingat lagi masa aku kecik-kecik, kalau nak makan fast food, mesti kena tunggu gaji mak ayah masuk dulu. Kiranya makan fast food hanya sekali atau dua dalam sebulan. Tak pon, kalau ada special occasion macam birthday ke dapat jadi ketua darjah ke, barulah mak ayah treat pergi pizza hut takpon mcdonalds dan kfc. Nak makan kek? Haruslah tunggu birthday adik beradik ataupun hari guru baru dapat merasa makan kek. So as a whole, makanan selain nasi boleh dikatakan amat mewah bagi kanak-kanak 90-an seperti aku.

Sekarang? Ikut cakap Ini AnwarHadi pon, hari tu dah makan TGI JumaatResipi Rahsia dan hari ni nak p makan Market Ikan Manhattan lah pulak. Selang 2 hari pergi makan tempat mahal. Stakat McD dan KFC hari-hari boleh pergi makan. Nasi? Boleh kira ngan jari seminggu bapa kali makan nasi. Ada yang konon diet, I dont take rice. Tapi pergi makan kat tempat macam ni. (-___-) C'mon people just admit it haha! Rakyat Malaysia dah kaya sekarang. Makanan bukan lagi satu keperluan tapi satu kemewahan. Kalau orang dulu-dulu mati sebab tak cukup makan. Tapi orang sekarang mati sebab terlebih makan. *ouuchh!*




Ini akibat kalau anda makan secara tak sihat. Oh tambah lagi satu, diabetes. Jangan kata overweight je tak sihat. Orang yang kurus pon belum tentu sihat. Kurus mungkin sebab genetic, tapi fat deposition kat blood vessel bagaimana pula? Ada je orang kurus kena stroke, ada je orang kurus kena heart attack. So, janganlah confident sangat yang anda sihat kalau anda tak exercise, makan sedulang tapi masih kurus.*Oh snap!*


Cuba tanya diri sendiri, apa yang aku makan untuk satu hari ni. Berape batang rokok yang aku sedut? Ada tak aku pergi exercise dalam seminggu ni? Am I leading a healthy lifestyle? *facepalm*

Jika jawapannya, pagi tadi aku makan nasi lemak ayam rendang dengan teh tarik extra large, tengahari aku makan kepsi dinner plate dan cheezy wedges kesukaanku, petang aku beli goreng pisang 2 hengget dan malam aku diet sikit, aku hanya makan 2 ketol cake secret recipe. Rokok aku tak isap sebab aku pompuan tapi anggap yang jawab soklan ni lelaki so lebih kurang 5 batang okok aku sedut rini. Exercise, ada jugak 4 bulan yang lepas aku panjat Broga tu pon sebab aku nak pegi shoot talent, kalau tak memang dah setahun aku tak jog, tapi lek la der, hari-hari aku pegi kelas jalan kaki what kira macam exercise la tu kan tapi aku pelik a berat aku makin bertambah dulu masa first year aku 50 jer skang aku dah 75kg. =')




Confirm kau bermasalah..Opstt informasi kat atas tuh BUKAN AKU ok! ..Berat aku tak penah sampai macam tu dan budaya pemakanan aku bukan seperti itu..OK? aku ni seorang yang hantu sayur dan kaki makan buah..siapa yang fikir informasi itu adalah aku SIAP KAU ! aku just bagi CONTOH je..




Remember people, you are what you eat. Dont eat more than you should. It brings harm to you and your body. Cuba tahan nafsu, manage sikit diet korang tu. Kalau diri sendiri pon susah nak manage, macam mana nak manage orang lain? Kalau dulu umur 60 baru kena diabetes, hypertension, stroke. Sekarang umur 20-an dah kene diabetes. Umur 40 dah boleh kena stroke. Bagi aku, benda ni tak berbaloilah. Hanya kerana diri sendiri fail untuk manage diet, tak pepasal kita mati awal. Yup betol, ajal di tangan Tuhan. Tapi kita harus berusaha untuk tidak ke arah itu.



Ni aku nak habaq mai kat angpa ni. In healthy people, kita harus amek cholesterol less than 300mg perday. Sebiji telur ayam pon dah 200mg angpa tau. Kira tak dalam cake yang angpa dok kunyah tu ada 5 bijik teloq? Tak kira lagi puding caramel yang ada 9bijik teloq tu. Oh lupa, dalam ayam, daging suma ada cholesterol jugak. Ang kiralah sendiri betapa banyaknya cholesterol ang consume each day. Cholesterol banyak-banyak akan deposit dalam blood vessel lantas membentuk plaque dan menyebabkan hardening of blood vessel (artherosclerosis). Bila plaque tu tercabut dari blood vessel disebabkan high pressure dalam blood vessel, maka plaque tersebut akan circulate dalam BV yang sempit tu dan akan menyebabkan occlusion. Bila occlude kat brain, ang kena stroke. Bila occlude kat heart, ang kena heart attack. *Omjayy scarynye!*

Sekarang ni aku hari-hari breakfast makan quaker oats sebab dia boleh turunkan cholesterol dalam darah. Aku ada baca, start umur 20an, kita dah patut check lipid level dalam darah. Terkejut jugak aku, aku hengat orang tua start 40an je yang kena check lipid profile. Selain tu aku p jogging jugak dalam 2-3 kali seminggu sebab exercises boleh tinggikan HDL level & rendahkan LDL level. Dalam bahasa layman, HDL ni boleh kira macam 'good cholesterol' while LDL ni macam 'bad cholesterol'. kalau ada Orang dok kalut cakap ngan dengan korang la kan, eh kau ni dah kurus, buat apa pegi jogging lagi? Salah salah macam tu tanggapannya. kau kena cakap "Aku p jogging bukan sebab aku nak kurus tapi sebab aku nak sihat. Memang sekarang tak nampak kesan dia, tapi aku percaya, in long term, it will bring goodness to me dan my body...Can't???

So peduli apa orang kata, mulai hari ni angpa suma kena makan secara sihat dan rajin-rajin pegi exercise na! Kalau kita tak jaga badan kita, sapa lagi betui dak? =) Marilah kita sama-sama menjadi health concious!

notacinta : ain,kau nak pakai baju kahwin tak???

2 comments:

Rawlins GLAM said...

hai
setuju ngan tulisan awak
tapi perempuan sekarang senang nak turun berat badan
pakai je pakaian dalam kesihatan Premium Beautiful..
Terus boleh kurangkan banyak penyakit kewanitaan dan juga menurunkan berat badan...
Tak gitu?

Cahaya Ain said...

ye betul..hahahha bukan setakat tu jer sekali dengn muka2 nmpak licin..x ke gitu?