Saturday, February 8, 2014

HARI RAYA AIDILFITRI & PRAKTIKUM

Assalamualaikum...



Asif ! Bertunda - tunda punya belog. huhh tak tahu la kenapa dengan diri ni.. Makin malas pula nak update blog.. Yela mana tidaknya kalau dag start berbelog mula lah berjam jam kat depan laptop.


Ada yang email bila nak update blog lagi? Asif jugak untuk yang bertanya. Jangan risau jika kita tak dapat jumpa di blog kita masih boleh jumpa pada setiap bulan di terbitan karya penulisan Ain di Majalah An - Nur, Majalah Kuntum, Majalah Ar - Risalah.


Banyak sangat tunda kisah demi kisah sepanjang tahun lepas sampai la kini.

Kali ni panjang sikit punya cerita harap tak lenguh membaca..

Bismillah..

Cerita last hari tu adalah kisah AKTIVITI BULAN RAMADHAN kan? Baiklah ni nak cerita tentang HARI RAYA AIDILFITRI pulak.. hehe MasyaAllah punya berbulan bulan dah berlalu.

First

Raya tahun 2013 kami sekeluarga dah sepakat memilih warna gold.. macam biasalah beraya di kampung Sungai Besar. Bila hari raya kedua baru balik ke kampung ayah di Slim River, Perak. Ketika ini Ain beraya dalam keadaan Ain sedang praktikal di Sekolah Rendah Agama Bandar Seri Putra. Nak raya sakan pun rasa takut sebab ada jembalang hijau bab kata pensyarah Ain yang telah menghantui diri Ain iaitu Buku Rekod Pengajaran dan Pembelajaran. Oke nanti Ain cerita tentang PRAKTIKAL pula ye.

Kalau nak berita pasal lauk hari raya. Lauk kebiasaan yang kita semua makan la ketika hari raya macam lemang, ketupat, rendang. Banyak jenis kami masak.

Second

Hari Raya tahun 2013 tu sangat bersyukur kerana ada ahli baru bersama - sama beraya dengan family besar Ain di kampung. Ya Allah sungguh mudah urusan Ain ketika itu. Penerimaan keluarga pada ENCIK itu untuk beraya bersama kami. ENCIK tu tak dapat nak beraya dengan family dia di Kedah, tu yang Ain ajak ENCIK tu beraya bersama family besar Ain. Kesian pulak nanti BELIAU raya sorang sorang di Seremban.


Encik tu turut bersama family Ain untuk memakai baju sedondon juga iaitu warna GOLD. Malam raya, Hari Raya Pertama dan Hari Raya Kedua BELIAU bersama kami di kampung. Time tu tak dapat nak borak memang betul betul jaga ikhtilmat .  

Malam raya biasa lah kami keluarga wajib main mercun dan bunga api sampai lah batang bunga api dan mercun tu habis.


Maaf ! Ni je yang mampu tangkap gambar senyap senyap.
  Tolong gosokkan baju ENCIK


PRAKTIKAL

Kenangan yg sangat seronok di Sekolah Bandar Seri Putra, Bangi. Alhamdulillah start ROS akhir bulan Jun manakala start PRAKTIKAL 1 Julai.. bila dah start praktikal tu keadaan bertambah busy sebab kena siapkan RPP, RPM dan RPH dalam buku rekod pengajaran dan pembelajaran. Tak cerita pasal BBM ( Bahan Bantu Mengajar ) pula. Setiap subjek dan setiap hari kena ada BBM. Tapi Ain kadang kadang tak buat juga. Kalau buat pun hanta BBM yang biasa biasa je. Bila dah time kena selia mengejut dengan Pensyarah barulah bersungguh sungguh bersengkang mata nak buat BBM molek - molek..


time praktikal ni tipu la kalau tak ada dugaan. hidup kalau tak ada dugaan terasa macam pelik pula kan? yang penting bagaimana kita nak hadapi dugaan tu.. InsyaAllah sabar, berdoa, sungguh - sungguh merayu ikhlas pada Allah maka Allah akan bantu kita.. kita cuba sedaya yang mungkin walau tak indah di mata manusia tapi haraplah ia indah di mata Allah.. 


Tempoh praktikal 3 bulan.. 3 bulan Ain jadi seorang Guru Praktikal sambil bekerja kerani di sekolah itu juga. Pagi sebagai kerani sekolah manakala petang sebagai guru. Duduk menyewa 4 orang di apartment sebulan RM850. Banyak sangat kenangan sepanjang praktikal, gambar pun banyak. 


 




No comments: