
Kita, bisa saja cinta dengan seseorang. Mungkin kerana paras wajah.
Mungkin perwatakan. Atau mungkin percakapan yang lahir dari jiwa yang indah. Kadangkala keindahan itu umpama bersinar di mata. Hingga tak mampu diungkap dengan kata.
Namun, hakikat kecantikan dan keindahan yang kita cinta, sama ada kita sedar mahupun tidak, masih juga keindahan milik Tuhan...
yang hakikatnya dipantulkan, pada makhluk ciptaanNya.
Seorang manusia.
"Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”
[95:4]
Zat yang hakiki itu hanya milik Allah, dan diri seorang manusia itu adalah penzahiran adanya Allah. Kita kebiasaannya terlalu memuji keindahan seseorang, namun terlupa dari mana datangnya keindahan tersebut. Tiada lain dari PenciptaNya. Maka siapa yang selayaknya mendapat pujian?
Umpama makan ayam masak kurma waktu berbuka tadi ( Puasa Enam ), ramai cakap sedap. Tapi tak ada yang cakap terima kasih kat tukang masak. -.-
p.s: Alhamdulillah dan terima kasih buat CAFE UPM untuk juadah berbuka yang osem (ノ^_^)ノ
No comments:
Post a Comment