Friday, November 2, 2012

Cuti SEM yang beronok - ronok



Assalamualaikum and hello. 
Alhamdulillah darah iman dan islam terus mengalir hangat dalam tubuh yang serba hina ini.



Di pagi Jumaat yang syahdu nian ini, mengirimkan selawat serta salam buat junjungan Baginda saw... 


Jutaan selawat serta jutaan salam kubisikkan untuk kekasih sekalian alam...



Kuhitung-hitung selawat serta salam buat penghulu segala Nabi dan Rasul 
sebanyak titisan hujan yang turun semenjak terciptanya Adam sehingga berakhirnya alam...


Ku lafazkan selawat serta salam lalu ku kirimkan pada angin pada hujan pada debu pada zarah pada atom yang setiap satunya membawa bisikan selawat dan salam ku umat berdosa ini...


Ku titipkan selawat dan salam dalam tangis sendu rindu 
sebanyak bilangan dedaun di bumi ini buat Kekasih Allah Rasulullah saw...


Ku lantunkan lisan ini dengan kalam mewangi selawat 
serta salam sebanyak pasang surut ombak di lautan bersama 
buih-buih yang pergi dan datang..


Ku rafakkan setinggi doa, wahai Tuhan... sesungguhnya hamba ini taqsir dan kerdil kalah dalam memuji kekasihMu.. 


Allahumma Solli 'ala Sayyidina Muhammad wa 'ala alihi wa sahbihi wa barik wa sallim......Ya Allah ampuni hamba kerdil berdosa ini. 


Sampaikan salam rindu hamba ini kepada baginda SAW..


Aku ummat yang jauh dari Sunnah baginda, yang lemah untuk bermujahadah, 

yang kalah dengan nafsu, yang tewas dengan syaitan, yang melekat dengan dunia.





Walau engkau jauh wahai Nabi, tetapi engkau dekat dan terus hidup di hati ini... 
Allahhumma solli 'ala Muhammad wa 'ala ali Muhammad.... 



Back the topic

InsyaAllah I have nothing but your generosity to put my hope in... hehe

but but but -------> 

I want share something sepanjang ain cuti sem ni... Huh
TAK ADA APA SANGAT pun.. laalalla...

oke sepanjang cuti sem ni banyak juga aktiviti yang ain buat.. MENARIK because akhirnya ain berjaya dapat menyiapkan jahitan BAJU MELAYU...

dah lama sebenarnya ain duk belajar baju melayu tapi asyik terbantut - bantut je disebabkan masa yang tak tersesuai2 nak menyiapkan..

But But kali ni ain buat dari 1st step to last step...

ohh BAHAGIANYA melanda di jiwa... Opsss say ALHAMDULILLAH Zun Nurul Ain !!





Lelaki Masa Hadapan nanti saya jahitkan baju melayu untuk awak ea sayang.. Tak payah la awak nak beli baju melayu time raya... Keh keh keh...

InsyaAllah


Second

Disebabkan banyak masa cuti ni kan?

Ain cuba untuk memperbanyakkan lagi dan mempertingkatkan lagi Amal Ibadah Ain.. InsyaAllah...


Dan itu biar lah rahsia Ain bersama Allah...



Life is about fighting.
I want a lot of things, but I can't have everything.

"Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis"


“Amal apa yang paling utama? Nabi SAW menjawab, “Iman


kepada Allah, dan jihad di jalanNya.”


[HR. Bukhari]  


Yes ! Kita sama - sama boleh MENJADI YANG LEBIH BAIK.. Right.?? 
Jom Jom Jom jadi BAIK dan LEBIH BAIK dan TERBAIK

InsyaAllah


Third

Cuti ni ain ada azam... Ain nak habiskan baca buku seminggu 2 buah buku...

Sebelum ni Ain tak menyempat2 nak selesaikan baca buku seminggu 2 buah buku sebab mungkin kesibukan masa yang melanda dek aktiviti di campus

Asigment
Meeting
Study
Revision
Usrah
Sukan
Program sana sini
Balik kampung ~~ Hehe
And other activities

InsyaAllah InsyaAllah dengan azam ni ain dapat istiqamah...
May Allah bless every my life..


So, minggu ni ain baca buku 



Haha baca buku ni nampak gaya macam nak kahwin je kan?

Yes ! Memang ain nak kahwin.. InsyaAllah InsyaAllah.. Bukan setakat nak kahwin sahaja tapi inginkan sebuah keluarga yang bahagia, anak- anak yang soleh/solehah.. InsyaAllah

Mak.... Ain nak kahwin.......................... ( gatal ! Bukan gatal tapi wajib )


Tak salahkan nak kahwin even ain masih belajar lagi dan muda lagi? Yang salahnya bercinta sebelum nikah...


Mesej sana sini
borak sana sini
pergaulan sana sini
jumpa sana sini
layan sana sini


Ya Allah.. Pelihara aku dari segala perkara ini..
Aku takut.. Sesungguhnya aku lemah lagi hina
Maka Kau pelihara aku Ya Rabb

Dalam Quran tak ada pun sebut tentang bercinta secara HARAM.. Kan ada yang HALAL kenapa pilih yang HARAM?


Even tak couple pun tapi kalau mesej and call and jumpa tiada kepentingan apa - apa? Kenapa pula?


Adakah apa?
Tak apa la itu antara hambanya dengan Allah... Semoga kita semua dalam keadaan yang baik - baik..


CINTA. Merangkumi lima huruf dan satu perkataan namun membawa seribu satu makna...



Aduhh ain dah feeling cinta pulak dah... Layannnn je la ea ~~~

Ok siapa yang tak nak bercinta kan? semua orang pasti nak juga.. Macam ayat kat bawah ni


Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu:wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). (Al-Imran:14) 


 Salahkah cinta, bercinta, mencintai dan dicintai? 


Mudah sahaja untuk menjawab persoalan itu sebenarnya...

Kalau cinta itu haram dan salah, maka tiadalah kita pada hari ini.,, Kalau salah, masakan Rasulullah begitu mencintai Saidatina Khadijah. Jika haram, bagaimana pula dengan ketulusan cinta Zulaika terhadap Nabi Yusuf as. Bagaimana pula dengan cinta agung Adam dan Hawa. 


Berdosakah mereka kerana ditanamkan segenap perasaan CINTA dalam hati-hati insan-insan mulia ini?


Tidak perlulah mual, resah, keliru, loya dan gusar lagi kerana jawapannya nyata, terang lagi bersuluh.
CINTA TIDAK SALAH

Cinta itu anugerah yang Allah hadiahkan kepada hambanya dalam bentuk fitrah..


Masalah yang kita hadapi sekarang ialah cara masyarakat dan ummah 
kita menghargai anugerah ini. ..


 kalaulah ain bagi sebuah kereta Ferrari merah metallic serta berkilat, bagaimanakah kalian menunjukkan bahawa kalian menghargainya?


Sudah semestinya kalian akan menjaganya dengan rapi, polish lima kali sehari, pergi carwash setiap hari dan sebagainya tanda kalian sangat menghargai pemberian mahal tersebut.

Begitu juga dengan anugerah cinta. Kalau kita dianugerahkan sebuah perasaan cinta kepada seseorang yang begitu sukar dimiliki, sudah tentu kita inginkan sebuah percintaan yang halal bersama si dia sebagai tanda anda menghargai anugerah cinta terhadap insan tersebut. 


Jadi, anda akan menikahi si dia dengan sah supaya anda berhak melakukan apa-apa yang diharamkan sebelumnya bersama si dia. ..


Sebaliknya, seandainya anda dianugerahkan perasaan cinta ini terhadap seorang insan yang begitu mudah didekati serta menyalahgunakan anugerah tersebut, anda akan melamarnya untuk mengikat sebuah ikatan cinta yang haram melalui sistem (tudia sistem aih!) bercouple...


Hal ini bermakna anda tidak menghargai anugerah cinta tersebut dan memilih untuk menjaja anugerah tersebut dengan diskaun sediskaun - diskaunnya. Akhirnya, anugerah yang mahal bertukar menjadi murah, fitrah yang diiringi barakah bertukar menjadi fitnah dan amarah Allah..

 

Sayang sejuta kali sayang, ramai pasangan tidak menghargai anugerah cinta yang Allah kurniakan kepada mereka..


Doakan ain semoga DIPERMUDAHKAN JODOH dan DIPERMUDAHKAN URUSAN..

Allahumma Amin..



Huh ambik ekau panjang lebau aku membebel...

Cop cop cop !!

Ni nasihat untuk Ain juga sebenarnya dan membebel untuk Ain biar ain marah diri sendiri supaya tak bercinta qobla NIKAH.. 

Zun !! Kau kene bercinta Ba'da Nikah !


Fourth

Ain jadi BABYSITTER?

'' What kau kerja nursery ke zun cuti sem ni '' kata Ecah

''No la jaga anak sedare.. Hurm sebelum exam lagi paman - paman aku dah booking jaga anak diorang '' Kataku.....


                                  Yusuf Qhardawi                 Khairul Faizin
                               (setahun lebih kot)           ( 3 tahun lebih kot )              

Kemas bersepah kemas bersepah
Tak apa la dah biasa memang tugasku WAJIB mengemas balik..



Zinnirah Aliah ( 11 bulan )


Batrisya ( 5 bulan kot )


Haha bergilir - gilir ain pergi ke rumah diorang untuk menjadi seorang Bibik yang tak bergaji.. Haha


Fifth

Menjadi ustazah mengaji tanpa bergaji..
InsyaAllah ikhlas kerana Allah.. Eh apa itu ikhlas? Hanya Allah sahaja yang menilainya...

Uishh budak - budak ngaji ni comel - comel.. geram tengok diorang.. 


Then hari tu 3 hari kat kampung Perak ngajar kakak ayah tentang solat Sunat, bacaan - bacaannya.. Ajar ngaji dengan sempurna..


Sixth 

Join program  Aqsa Syarif selama beberapa hari.. 

Terkesan ke dalam sanubari






Ayuh hidupkan kembali Sunnah Rasulullah
Ayuh singkap kembali mutiara Sunnah yang semakin malap dan menghilang

JOM BERDAKWAH !!! 
*sambil menghayun bendera


Ayuh umat Islam siapa lagi kalau bukan kita untuk menghulurkan bantuan...
Ayuh kita hulurkan bantuan tenaga kita dan apa yang kita mampu...

Mereka saudara kita.. Kasihaninya...







Seventh

Siapkan hantaran kahwin yang tak siap - siap lagi sampai sekarang.. Haha..





Cukup la ini je la yang mampu.. Huh dah tak larat dah.. Kering idea nak design hantaran hang ni.. Hehe


Opsss Ahad ni jadi pengapit.. Kene pakai baju kuning... errrr mana ada baju kurung/Jubah warna kuning.... tolonggg ^ _ ^ 


eighth

Yummy adakah sedap? errr entah... sedap la kot.. kalau tak sedap tak kan lah dah licin selama beberapa minit je..


Taraaaaaa 



caramel 

tak berapa nak lawa sebenarnya.. tak apa la kan?

Boleh la nanti buatkan untuk suami pulak..

Cuti hari minggu dating kat rumah makan caramel ea awak Lelaki Masa Hadapan?


Cubaan Pertama : errrr tak sedap Rotinya


Cubaan Kedua : Nenek cakap ok la lettew

Next entry la baru ain share menu nak buat roti

 '' Waahh lepas ni boleh la ain buka kedai bakery kan? ''

'' Jangan berangan la ain '' kata makcikku


='(

Opsss dah la tu.. Banyak sangat berjeler2 pula entry ni..

Apapun aktiviti ain cuti ni InsyaAllah ain akan isinya dengan isi - isi yang bermanfaat.. InsyaAllah InsyaAllah

akhir kalam, terimalah bingkisan madah pujangga omputih ini sebagai penutup bicara dan pembikin semangat,


“Doing the best at this moment puts you in the best place for the next moment.”

-Oprah Winfrey


Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up


-Thomas Edison



dan sebelum tu..

JOM BERDOA

Ya Allah, bimbinglah hambaMu ini untuk terus menggenggam cintaMu. Janganlah biarkan diriku hanyut dengan pesona dunia. Cabaran fesyen yang dikatakan fesyen muslimah. Ikhtilat lelaki perempuan yang tiada berbatas. Jauhilah. Peliharalah diriku juga sahabat-sahabat puteri yang lainnya agar kelak kami menjadi bidadari yang menghiasi syurga-Mu... Amin

No comments: