Thursday, August 23, 2012

Saya Rindukan Awak Wahai Lelaki Masa Hadapan # 10




"Jangan hanya inginkan lelaki yang baik selagi kita tidak menjadi baik,
tetapi jadilah wanita yang baik sehingga kita diinginkan oleh lelaki yang baik."


     Ayat ni lah yang menjadi topik perbualan aku dan seorang rakan seperjuangan dunia akhirat aku semalam di Skype. Macam gatal jugak kan cakap pasal kahwin-kahwin ni. Yela.. Umur baru 19 tahun...

 Muda lagi, enjoy life dulu la bak kata orang zaman sekarang. Tapi hakikatnya, bermula dari umur muda inilah aku kena fikirkan soal jodoh supaya dapat aku persiapkan diri untuk membina sebuah keluarga yang bahagia (ceewahh..)..

     Bagi si adam, tanggungjawab awak selepas berkeluarga sangat besar. Awak diberikan amanah oleh Allah membimbing bukan sahaja isteri tetapi juga anak-anak yang bakal hidup bersama di jalanNya. Jadi, bermula dari usia muda inilah awak perlu melengkapkan diri dengan ilmu-ilmu Fardhu ain, untuk bekalan bersama hidup di dunia untuk mengejar kebahagiaan di akhirat kelak. Selepas kahwin, dosa isteri dan anak-anak semua bergantung di bahu awak. Baik bimbingan awak, insyaAllah ringanlah bahu awak. Buruk bimbingan anda... (fikir-fikir la sendiri)..


     Bagi si hawa pula, InsyaAllah saya juga ada tanggungjawab yang besar! Tanggungjawab yang diperlukan sebagai isteri yang patuh kepada suami dan sebagai ibu yang lembut membelai anak-anaknya. Memang tiada dinyatakan tugas untuk menguruskan kerja rumah adalah tugas wanita, tetapi persiapkanlah diri dengan ilmu memasak, mengemas rumah, berhias diri sejajar dengan tugas saya untuk membahagiakan dan meringankan beban awak (uik, terasa pulak. ngee..)


     Tempoh perkenalan yang lama diantara awak dan saya juga bukanlah perkara 'wajib' sebelum ke jinjang pelamin. Tempoh 'berkenal-kenalan' yang lama hanya mengundang maksiat. Kononnya "Kena la kenal lama-lama dulu, baru boleh tahu sesuai ke tak". Dalam masa berkenal-kenal mesti la kena keluar dating-dating kan. Pastu nanti datang la kawan rapat kita, Incek Syaitan (bukan nama sebenar) join sekaki. Pastu ada la kes terlebih kenal sampai buang-buang anak (tahniah, kita berjaya membuat incek syaitan gembira). Mungkin kita takde la sampai buang-buang anak ni, pegang-pegang tangan je (tu pun maksiat jugak lerr). Tup tap tup tap, sebab terlalu kenal ter'clash' pulak. Dulu cakap nak tau sesuai ke tak, so kalau tak sesuai means boleh terima kenyataan la. Tapi ni tak, bila clash tu ada pulak la yang meraung, menangis 40 hari 40 malam tak dapat terima kenyataan (tahniah lagi sekali sebab incek syaitan sedang melompat-lompat keriangan)..


      Kalau kita suka kat seseorang, before ambil keputusan untuk make a move, apa kata kita solat istikarah dulu? Mintak supaya Allah dekatkan dia dengan kita sekiranya dia baik untuk kita, agama kita, dunia kita dan juga akhirat kita. Kita juga kena redha dengan apa jua petunjuk yang diberikan Allah kerana Dialah yang maha mengetahui. Jika 'seseorang' itu bukan untuk kita, yakinlah bahawa Allah menyediakan yang lebih baik untuk kita. Jika 'seseorang' itu baik untuk kita, mulalah langkah dengan bertaaruf seperti yang diperintahkan oleh Rasulullah (Taaruf adalah kegiatan bersilaturahim,  berkenalan bertatap muka, atau bertamu ke rumah seseorang dengan tujuan berkenalan dengan penghuninya), bukan dengan cara berdating yang hanya mengundang maksiat yang menjadi mancis ke lembah api perzinaan. Jika kita ikhlas niat kerana Allah, insyaAllah hubungan kita ini akan mendapat redha yang Esa dan kekal hingga ke anak, cucu, cicit, cicit punya cicit (panjang betul umur).


********************

Dialog aku dengan mama tersayang

"Mak.. Ain rasa nak kahwin la", aku menggedik.

"Hamboi!! Gatalnya.. Nak pula kahwin hari tu tanya tersengih-sengih... Calon dah ada ke? Bila tanya dah ada ke belum jawapannya asyik lalalala je (belum ada lagi) ". heheh

"Hee.. Tgh cari la ni. Tapi susah la mak. Tak pandai la ain nak cari. Suruh mak carikan tapi mak tak nak, nak suruh ain cari sendiri.. Hehehe".

"Eleh, gatal tu gatal jugak (mama memang sangat memahami. chaitt). Tapi kalau betul nak cari suami, cari la yang boleh bimbing. Yang boleh sama-sama naik motor (awat ntah motor jadi pilihan mama) pergi solat jemaah kat masjid. Yang boleh ajar awak ke arah yang baik. Pastu nanti kalau akak dah meninggal, dia boleh pergi kubur mengaji untuk awak macam Pakcik Jais (bukan nama sebenar) tu", mama bagi nasihat sebagai orang yang sudah banyak berpengalaman.

   Pakcik Jais tu aku kenal la. Lorong rumah aku dulu lak setentang dengan tanah perkuburan Islam (seram sejuk jugak balik lewat malam-malam). Dulu pagi-pagi time nak pergi sekolah selalu lah nampak kereta Pakcik Jais ni parking depan pagar tanah perkuburan tu, pastu nampak la kelibat beliau di depan kubur arwah isterinya. Mama cakap Pakcik Jais ni lepas solat jemaah subuh kat masjid, terus pergi kubur arwah isterinya untuk mengaji dan bersihkan kubur sebagai janji mereka untuk sehidup semati. Last winter time aku balik bercuti pun Pakcik Jais still meneruskan rutin harian beliau.

"Inilah maksud sehidup semati rupanya", hati aku berdetik memahami. 

     Sehidup semati bukan nya macam kau punya pasangan mati, pastu kau pun bunuh diri nak mati bersama sebab kan dah janji dulu masa kemaruk bercinta dulu-dulu nak sehidup semati. Tunaikan janji punya pasal. Sehidup ni bagi aku berjanji untuk hidup bersama bagi tujuan untuk meneruskan dakwah Islam. bersama-sama memperdalamkan hal agama, saling bimbing-membimbing dan memperoleh zuriat yang halal. Manakala semati pula bermakna sentiasa mendoakan kesejahteraan pasangan yang telah meninggal dunia baik si isteri mahupun si suami supaya masih segar di akal fikiran kita tentang kewujudan pasangan kita ini seolah-olah dia masih hidup bersama kita. Bukan melupakan atau meratapi pemergiannya.

"Bestkan mama arwah Mak Aaesyah (bukan nama sebenar) dapat suami macam tu?
 Ain pun nak cari calon macam tu la. Boleh jadi imam untuk Ain setiap hari. Pastu nanti Ain dah mati, dia tak sibuk cari pengganti. Oh, indahnya duniaaa..".

"Dunia je, akhirat??", hoinggg.. Kena libas ngn mama.
"Ye.. Ye.. Lagi sekali. Oh, indahnya dunia akhiratttt.. Hehe..".

********************

"Dan dijadikanNya di antara kamu rasa kasih dan sayang."
[30:21]



Notacinta : InsyaAllah, kita jangan bercinta ea Lelaki Masa Hadapan.. Kita bercinta lepas Nikah nanti baru lah boleh digelar KEKASIH HATI..

No comments: