Tuesday, August 14, 2012

Ramadhab Berlalu , Syawal Tiba




Assalamualaikum....

SEDAR TAK SEDAR KITA DAH BERADA DIPENGHUJUNG RAMADHAN.
RAMADHAN SEKALI LAGI AKAN MENINGGALKAN KITA.

Sabda Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang bermaksud:
“Sesungguhnya Jibrail AS telah membisikan doa kepadaku, katanya : Celakalah orang yang mendapati Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni.Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut....”
(Hadis Riawayat al-Hakim)


Sepanjang Ramadhan ni, banyak ceramah dan tazkirah yang saya hadir membacakan hadis ni..

Adakah kita tergolong dalam golongan orang yang celaka atau rugi ini. Ini kerana pada bulan Ramadhan ALLAH mengurniakan kepada hamba-hamba -Nya peluang untuk mennggandakan pahala dan peluang untuk diampunkan dosa...

Jadi bagaimana? Bagaimana agaknya status kita. Semoga kita dihindari daripada menjadi hamba ALLAH yang rugi dan mendapat kecelakaan...
 INSYA ALLAH...


Didalam baki terakhir bulan Ramadhan ni banyak-banyakkan lah beribadah, qiamullail, bacaan Al-Quran, berzikir dan lain-lain lagi. Semoga beroleh keberkatan dan keredhaan ALLAH dan menjadi Hamba ALLAH yang soleh dan solehah..



Dan mari kita berazam ketika melangkah keluar dari Ramadhan pada tahun ini kita kekalkan malahan perhebatkan lagi momentum Ramadhan yang sudah terbina ini ke bulan-bulan seterusnya.. 

Teruskan usaha berinfaq di jalan Allah juga teruskan menjauhi larangan Allah dan melakukan segala suruhan Allah..

 Amalkan berpuasa Sunnah dan yang paling dekat dengan kita adalah puasa Enam hati di bulan Syawal setelah Ramadhan.. InsyaAllah...





Dikesempatan ini ain ingin memohon kemaafan jika ada salah silap dan mengucapkan Salam Aidilfitri kepada kawan-kawan sekalian dan terus doakan ain untuk penulisan buku dan blog,. InsyaAllah.. Tahun depan karya ain yang ke3 akan diterbitkan di pasaran.. Teruskan doa untuk ain ea..


Kepada yang akan pulang ke kampung, berhati-hatilah ketika memandu, Ingatlah orang tersayang.
Mudah-mudahan dipermudahkan oleh ALLAH perjalanan kita..
Dan doakan perjalanan ain balik esok (khamis) ea.. Ain drive kereta sorang-sorang je balik ke Kuala Selangor... ='(


AMIN~~~

Dan sedikit sebanyak biskut raya yang berjaya ain hasilkan untuk raya ni adalah...

JENG JENG JENG









Ni je yang ain mampu setakat ni.. Hehehe.. ain fikir balik nanti ain nak buat biskut Cinta Hati.. Hehehe... Haihhh fikiran dah nak raya dah ni tapi masih ada kelas lagi.. Naaakkk Balikkk...



Notacinta : Nanti saya buatkan biskut MANIS CINTA untuk awak ea Lelaki Masa Hadapan... Hehehe.. InsyaAllah..




No comments: