Saturday, August 18, 2012

Anak itu Rezeki Allah

Assalamualaikum... 

Salam Aidilfitri..

Lebaran ini sangat bermakna buat ain.. Terasa sangat lebaran ini penuh dengan kanak-kanak di kampung lagi-lagi bayi.. Alhamdulillah...
Rezeki anak sangat membahagiakan..
Panjat syukur ku pohonkan...

Malam raya ni bukan setakat dengar mercun je tapi riuh dengan suara anak-anak kecil menangis. main-main.. Seronok melayan mereka..

''Aduh.. sakitnya '' 
haaa itu je la ayat yang sangat menarik di setiap minit.. Sebab kene pukul dengan permainan diorang.. Hahahhaa... Boleh ngok ngek dah kepala ni...

''Awwww.. sakit la sayang.. 
jangan panjat-panjat sakit la akak macam ni ''
ahahah sesuke diorang je nak panjat-panjat badan.. Comel comel..

''Haaaippp.. makan ubat cepat !! ''
Ada kalanya diorang sangat takut dengan ketegasan ain ni.. Waaahh garang ke diri ni sebenarnya..

Setiap kali ke mana sahaja mereka akan turut terkedek-kedek ikut ke mana sahaja diri ni pergi.. Hehhee...

Dan paling seronoknya bila setiap kali mereka menangis mereka nak ain sendiri yang dukung dan pujuk CONFIRM akan berhenti menangis.. Huh mudah kerja mak diorang...

Waahh jenuh la ea pak2 sedare dan mak sedare bagi duit raya.. Hehehe... Ain yang dah besar ni pon nak minta duit raya juga taauu...

Ambil kesempatan yang ada sedang masih belajar ni... Nanti dah kerja tiada kesempatan dapat duit raya lagi.. Hehhe

Alhamdulillah masing-masing ada kebahagiaan masing-masing dengan dikurniakan cahaya mata.. InsyaAllah semoga mereka menjadi anak yang soleh dan solehah..



Semoga lebaran kali ni penuh bermakna buat semua.. Sambut lah dengan penuh kesyukuran dan besederhana..

Dan di bawah adalah gambar-gambar adik sedare ain yang ain maksudkan tadi.. Ini yang masih kecil belum lagi ain upload adik-adik sedare ain yang dah sekolah dan di dalam perut sekarang ni.. Alhamdulillah..






























No comments: