Wednesday, July 4, 2012

Akhir kisah kita ='(

setiap permulaan, pasti akan ada akhirnya.
setiap pertemuan pasti ada perpisahan.
kita takkan selamanya di takuk yang sama.
yang membezakan cuma cepat atau lambat.



Selain laut, cinta pun ada pasang surut. Masa sayang, kentut pun bau wangi. Bila benci, Zinger Burger KFC pun rasa basi... Hahaha....


✿~ LELAKI : JANGAN LAYAN wanita tu special sangat jika TIDAK ADA NIAT untuk buat dia menjadi yang SAH/HALAL..wanita ini lain sikit, CEPAT PERASAN dan MUDAH JATUH HATI..jangan letak harapan seandainya hati tidak yakin..jangan beri HARAPN pada yang mudah menyerap harapan..hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah..bila sudah terluka, susah nak rawat balik..

✿~ WANITA : JANGAN BERHARAP terlalu tinggi kepada lelaki yang kamu sayangi, kerana bila kecewa datang..ia boleh menyakiti hati dan dirimu dengan banyak..jadilah wanita yang TEGAS, MAHAL dan TIDAK MUDAH untuk menerima cinta dari seorang lelaki yang belum sah menjadi milikmu..

p/s : Jangan ada niat ingin kahwin sahaja, tapi TINDAKAN ke arah itu tidak ada..cari calon ini BUKANLAH sahaja-sahaja ingin MENCUBA macam mencuba pakaian..tidak sesuai yang ini, amik yang lainlah..♥♥



copy dari Facebook...








Jam : 4.30 a.m
Tarikh : 5 July 2012


Hening 1/3 malam terakhir membuatkan aku kesejukan memerhatikan suasana di sekitar KUIS ... Sepi. Dari jauh, hanya kelihatan cahaya suram yang menyuluh sekitar KUIS... Angin malam mengelus lembut rambutku... 

Aku mengeluh resah.di manakah rasa cinta? Di manakah rasa rindu? Adakah ia akan berakhir di sini? Atau ia akan berakhir di sana? Apakah perasaan yang akan di hadapi bila kita di tinggalkan? Aku meneruskan hidup tanpa orang teersayang di sisi kecuali keluarga tersayang..

Aku duduk di satu sudut memerhatikan keindahan penciptaan Allah. Tuhan sekalian alam. Yang memerintah. Tanpa tidur, tanpa leka walau sedetik. Indah. Cukup indah apa yang telah Allah tetapkan...

Dalam diam, Ain duduk sambil merenung. Adakah esok ada lagi untuk dirinya memerhatikan keindahan? Sungguh. Hanya mereka yang berfikir sahaja dapat menilai. Hanya mereka yang berfikir sahaja yang dapat memahami. Mengapa dan untuk apa sekolah kehidupan yang cukup besar di ciptakan.





Ain hanya risau akan tarbiyah hati. Hati yang mungkin boleh membawa kebaikan. Hati yang mungkin boleh membawa kepada kehancuran. Bagi insan kamil seperti Ain amat payah untuk di didik...

Tarbiah Hati, inilah satu tanggungjawab yang sering diabaikan oleh kita manusia...

Padahal tarbiah hati itulah pangkal segala kebaikan, jika hati telah dididik, dengan sebaik-baiknya, bermakna kita betul betul telah menfaatkan hati itu dengan sebaiknya...

Jiwa atau hati adalah raja dalam diri manusia. 

Ia umpama pemerintah yang menentukan buruk dan baik sifat seseorang... hati juga ada keperluannya, tetapi kerana sifatnya yang abstrak (maknawi), maka keperluannya juga bersifat abstrak.

Keperluan hati ialah iman dan takwa, oleh kerana sifatnya maknawi, maka hanya mereka mereka yang mempunyai ' mata hati' sahaja dapat melihat keperluan ini dan cara memenuhinya dengan menghargainya...

Bagaimana kita mengungkai benang yang kusut, maka begitulah juga kita berusaha menyelesaikan kemelut hidup... ='(

Kita perlu cari di mana puncanya atau tujuannya, untuk apa hidup ini...

Malangnya,  ramai yang tidak tahu jawapannya secara tepat dan jelas pada persoalan asas ini, hal ini kerana kita insan biasa walau sebijak mana sekalipun tidak akan tahu apakah tujuan hidup...

Justeru, rujuklah kepada pencipta hidup (ALLAH), necaya di sana ada jawapanya.

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:

"Dalam tubuh anak Adam, ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah seluruh anggota badan, jika jahat, jahatlah seluruh anggota badan. Ketahuilah daging itu ialah HATI.

(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


kerana itu, suatu masalah yang bersifat dalaman soal hati mestilah diselesaikan dengan kaedah yang bersifat dalaman juga. ..


Ain teringat akan usrah di Kampung Tebok Marso Sg.Besar bersama Ustazah Kamilah tentang hidayah.. ''Bukan hidayah yang merupakan insan dan hamba. Tapi hdayah yang hanya Allah berikan.''

Sayang,

Hidayah berasal daripada perkataan Hadiah ertinya ' kurniaan'.

Hidayah adalah kurniaan daripada Allah kepada manusia ataupun insan insan yang 'terpilih'..
dalam mengharungi 'belantara' kehidupan di dunia ini.

dan perlu ingat, kita semua adalah insan insan yang terpilih.

taufik hidayah adalah hidayah teratas dan paling berharga sekali.

Hanya dengan hidayah ini, insan akan mendapat kekuatan untuk mengamalkan ilmu yang telah diketahui dan dipelajarinya.

Tanpa Hidayah ini, manusia akan dimurkai Allah selaras dengan firmannya yang bermaksud;
' amat besar kemurkaan di sisi Allah sekiranya kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak lakukan'

(surah al-saff ayat 61-3).

Taufik hidayah boleh dimiliki dengan mengamalkan hidayah Islam dengan bersungguh sungguh, walaupun pada mulanya sesuatu amalan itu belum terasa manis, tetapi teruskanlah mengamalkannya...

Sedangkan manis pun boleh menjadi ' tawar' apabila dibiasakan, apatah lagi kebaikan yang pada hakikatnya memang fitrah manusia. 

Cuma, sebelum sesuatu kebaikan itu menjadi manis kita perlulah bersusah payah dahulu memaksa diri melakukannya. Ini satu 'sunnatullah' No pain, no gain....

Inilah yang dikatakan mujahadah, yakni perjuangan yang penuh kesungguhan dan kegigihan untuk melawan hawa nafsu secara konsisten.

Yakinlah apabila kita menunjukkan kesungguhan yang padu untuk memimpin diri, Allah s.w.t pasti akan membantu kita.


Firman Allah yang bermaksud ;

' dan mereka yang bersungguh sungguh mendapatkan kami (Allah) nescaya kami berikan petunjuk kepada mereka akan jalan jalan kami'

(Surah al-Ankabut ayat 69 - 29)


Ya Allah,
Kau berikanlah daku satu rasa cinta,
Untuk mendambakan rasa cinta kepada Mu,
Kau berikanlah daku satu rasa rindu,
Supaya aku bertambah rindu kepada diri Mu,

Ya Allah,
Kau lahirkanlah kepada ku bibit dan rasa kasih dalam diri ku,
Supaya daku dapat menambah bibit kasih terhadap diri Mu,
Kau lahirkanlah rasa sayang dalam diriku,
Supaya daku dapat melahirkan rasa sayang yang lebih mendalam kepada diriMu,

Ya Allah,
Jika kau kurniakan daku seorang lelaki,
Biarlah dirinya dapat menerima diriku seadanya,
Tanpa rasa sangsi,
Tanpa rasa syak wasangka dalam hati dan dirinya.

Biarkanlah rasa itu dapat menambahkan dalam satu rasa kepada Di Kau.
Biarkanlah rasa sayang itu andai hati itu memang kau kurniakan utnuk diriku.




No comments: