BAB 4

‘Kita gerak sekarang’  Kata Akeel ringkas kepadanya. Dan dia segera mengangguk tanda faham dan segera membawa apa yang perlu. Dalam perjalanan ke rumah Akeel hanya sepi peneman sepanjang perjalanan mereka berdua. Suasana mesra tidak terjadi lantaran perkahwinan ini tidak direstui oleh mereka berdua, tetapi perkahwinan mereka ini didesak oleh kedua belah ibu bapa mereka apabila kebijaksanaan Aira di dalam bisnes apabila kerap membantu ibu Akeel apabila ibunya itu meminta pertolongan untuk mengembangkan bisnes mereka. Hasil kebijaksanaan Aira butik yang dahulunya kecik kini sudah mempunyai banyak cawangan di seluruh Malaysia. Dan jenama butik ibunya begitu terkenal sekali. Hasil pertolongan dan kebijaksanaan Aira tidak hairanlah mengapa ibu Akeel begitu menyukai Aira. Dan Aira tidak menyangka akibat kebaikannya itulah dia dipinang oleh ibu Akeel. Ibu bapa Aira pula tidak membantah akan pinangan itu apabila calon menantunya itu adalah Akeel, kerana sejak dahulu lagi ibu bapanya suka sekali melihat adik beradik Ashriq dan Akeel kerana Ashriq adalah seorang doctor dan mempunyai dua klinik miliknya. Dan manakala pula Akeel mewarisi syarikat gah milik bapanya lantaran akademik dan kredibiliti yang dimiliki mereka berdua itulah yang memikat hati kedua ibu bapanya. Penolakan pinangan itu adalah mustahil apabila kedua ibu bapanya tegas mengatakan calon menantu mereka adalah yang terbaik untuk mereka.

‘Oh yah biar I yang angkatkan beg you, tak perlulah you susah payah angkat beg you. Mari biar I tunjukkan bilik you. I harap you faham akan situasi kita sekarang’ Kata Akeel tenang kepada Aira sejurus mereka tiba di rumah milik Akeel.

‘OK, thank you Akeel. Its ok I faham akan situasi kita sekarang. Don’t worry about me, im big enough to understand what is going in now. You boleh jalani hidup you macam biasa dan I juga boleh jalani hidup kita macam biasa. Your secret is safe with me’ Balasnya bersahaja tanpa rasa bersalah. Akeel mengganguk tanda faham. Kelihatan senyuman lega jelas terpamer pada seraut wajah kacak milik Akeel.

Sedang dia leka mengemas kediaman kamar barunya itu, dia terfikirkan akan kehidupan baru yang dijalani oleh kakaknya itu. Baru tadi kakaknya menelefon bertanya khabarnya dan mengatakan dia sihat dan jelas sekali tiada kekesalan pada suaranya apabila kakaknya tenang mengatakan dia akan berbulan madu di France dan akan menjadi suri rumah sejurus habis bulan madunya. Dia hairan akan ketenenangan dan sikap yang dimiliki oleh kakaknya itu. Dia tahu kakaknya itu mempunyai otak yang begitu geliga apabila tiap kali periksa kakaknya itu akan mendapat keputusan yang cemerlang. Dan dia juga ligat berfikir mengapa kakaknya begitu tenang menghadi alam rumah tangga bersama insan yang tidak dicintaiinya itu. Sungguh dia tidak akan boleh mencontohi sikap yang dimiliki oleh kakaknya itu. Lalu dia kembali menyibukkan diri mengemas kamar barunya itu.

Situasi dingin antara Aira dan Akeel berlarutan saban hari apabila setiap aktiviti antara mereka tidak diambil endah oleh pasangan masing-masing.