Monday, April 23, 2012

jangan dekati paraben


Assalamualaikum.. 

Semua orang kenal tak apa itu Paraben?  Maybe ada yg dah tau. Pada yg belum tau, paraben tu sejenis bahan kimia. ermm..bahaya ke paraben ni? 

Ain rasa terpanggil nak tulis entry ni sebab geram sangat bila tgk segala sabun mandi, skin care yang ada benda alah ni.. Sampaikan dalam minyak angin pun ain tengok ada..

Apa yg ain baca, Paraben ni memang bahaya!! Beware everybody.. Sila check ingredients segala barang kosmetik anda. Kalau ada yg nama paraben ni, buangkan je barang-barang tu walaupun sangat sygkannya.. huhu..



Jom kita tengok sebab ia sangat penting untuk kita tau tentang bahan kimia yg satu ni.. Kita belajar dalam cara yg santai ye.. Bukan dalam kelas kimia.. ain ajar pendidikan islam.. Tak pandai ajar kimia.. hehehe..






Paraben ni selalu digunakan dalam bahan pengawet dan industri kosmetik. Kalau kita perasan, selalunya paraben ni dijumpai dalam syampu, moisturizer yg kita selalu guna tu, shaving gel, personal lubricants, deodorant dan juga dalam ubat gigi. 

Maybe ada dalam byk lagi barang yg ain sendiri tak tau. Kalau sape-sape yg tau, inform la ye.. Sharing is caring.. :) Ok, sila check barang-barang anda sekarang..


 Mungkin jumlah paraben yg ada dalam barang-barang tu kecil je. Maknanya, belum sampai tahap bahaya. Tapi bagi ain, kita guna sikit-sikit nanti lama-lama jadi banyak juga.

Paraben ni juga ada banyak jenis, macam-macam nama ada. Antaranya ialah methylparaben, ethylparaben, propylparaben dan butylparaben. Ni semua family dia la..


Paraben ni sebenarnya digunakan sebagai pengawet untuk menghalang pertumbuhan kulat dan bakteria. Best je dengar kan? Tapi di sebaliknya.. waduuhhh..

Paraben ni mampu menganggu sistem endokrin kita dan ia dikaitkan dengan perkembangan kanser, sebab ia meniru estrogen semulajadi. 

Ianya juga salah satu punca kepada terjadinya breast cancer. So, wanita-wanita di luar sana. Please alert with this silent killer.. 



Ain pernah tengok macam mana azabnya seseorang yg tanggung sakit ni. Mengelupur dia atas katil sampai doktor kena ikat tangan. Badan semua jadi bengkak. Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Rozita Osman.. :(

Walaupun paraben di temui dalam tumor breast cancer, tapi takde bukti bahawa ia punca pada terjadinya kanser tu. Oleh itu, ada sesetengah company yg tidak percaya bahawa penggunaan paraben adalah punca kepada masalah ni. Ermmm...biasalah, duit punya pasal.. ooppss!!

Lagi satu info yg ain dapat, penggunaan paraben juga boleh naikkan berat badan.. ooppss.. patut la.... hmmmm

ain bukan nak perlekehkan produk-produk yg ada paraben ni. Tapi kita sebagai pengguna di zaman yg penuh dgn pelbagai chemical ni mesti alert akan bahaya setiap dari bahan ni. Jangan nanti menyesal kemudian hari. 

ain pun baru je tau, rupanya dah bertahun bergelumang dengan bahan-bahan kimia yg bahaya ni. Semoga kita sama-sama terlindung dari penyakit yg berbahaya. Amin..



Apa pun pilihan di tangan kita semua. Banyak lagi produk-produk yg paraben free di pasaran. Jangan risiko kan kesihatan kita dengan bahan-bahan kimia yg berbahaya ni.

Adalah sangat penting untuk kita tahu akan barang yg kita beli. Baca artikel mengenai paraben ni dari pelbagai sumber. Lihat kembali label produk yg kita gunakan. Lihat berapa banyak yg mengandungi paraben..







notacinta: Sabun dengan sabut kelapa & pakai bedak sejuk je la.. hahahahaha 



No comments: