Monday, March 12, 2012

untuk bakal suamiku


Aku mula berbicara dari hati. Berbicara mengenangkan kehendak diri. Bukan menggatal mahupun menunjuk cuma mahu luahkan hasrat hati Apakah ada nanti suatu perhubungan seperti ini. Menerima seadanya seperti ini. Wallahualam, jodoh di tangan Tuhan. Kita merancang Allah yang menentukan.


Salam berjawab. Lama membisu, gadis itu akhirnya mula berani bersuara. Dikawalnya suara agar tidak lunak kedengaran.

BAKAL ISTERI : Awak saya ada permintaan sebelum kita sah menjadi suami isteri?

BAKAL SUAMI : Apa dia? (tersenyum manis dan mengangguk)

BAKAL ISTERI : Tapi saya tak pasti awak akan setuju atau tidak.

BAKAL SUAMI : Cakap ajelah tak mengapa saya mendengarnya.

BAKAL ISTERI : Terima kasih kerana mendengar. Saya bukannya manusia sempurna. Saya hanya manusia biasa yang yang sedang berhijrah ke fasa baru.

BAKAL SUAMI : Setiap manusia tak lepas melakukan silap awak dan saya juga bukan manusia yang sempurna dan tak lepas daripada melakukan kesilapan. Alhamdulillah, awak sudah berhijrah ke fasa baru. Saya menerima awak seadanya.

BAKAL ISTERI : Saya mahu awak membimbing saya ke jalan yang benar. Agar selalu berada dilandasan yang benar dan dapat memperbaiki khilaf lalu saya.

BAKAL SUAMI : InsyaAllah saya boleh melakukannya.

BAKAL ISTERI : Saya mohon awak akan sentiasa menyayangi setulusnya. Meenerima seadanya saya. Menerima apa pun kekurangan saya dan mengerti siapa diri saya ini.

BAKAL SUAMI : InsyaAllah (Tersenyum lagi)

BAKAL ISTERI : Saya mohon awak berikan kekuatan kepada saya, gagah berdiri seperti dulu dan bangkit melupakan masa lalu

BAKAL SUAMI : Saya selalu menyokong awak hingga nyawa diambil dari badan ini..Mudah-mudahan ye sayang.

BAKAL ISTERI : Minta maaf kerana saya minta semua ini kepada awak. Awaak…saya tidak meminta macam-macam kepada awak seperti emas mahupun permata, cukuplah sekadar hidup yang senang dan selesa dengan kebahagiaan.

BAKAL SUAMI : Hmmm (Masih melekapkan telinga ditelefon mendengar suara gadis yang akan sah menjadi isterinya tidak lama lagi)

BAKAL ISTERI : Tiada niat saya hendak memberatkan awak. Saya hanya mahu awak menjadi peneman saat suka dan duka, tangis bersama. Sebagaimana saya mahu sentiasa berada disisi awak sebagai isteri yang solehah.

BAKAL SUAMI : Awak akan mendengar saya, akan memujuk saya dan akan berada disisi saya kelak?

BAKAL ISTERI : Ya, mungkin kita tak pernah bersua muka. Mungkin kita tak pernah bercinta tapi saya yakin awaklah yang Allah SWT takdirkan untuk bersama saya

BAKAL SUAMI : Saya yakin awaklah pencuri rusuk kiri saya selama ini.

BAKAL ISTERI : Saya bukan seperti wanita idaman awak yang lain. Bertudung labuh, berpengetahuan luas dalam agama jadi maafkan saya jika kekurangan saya ini akan membebankan awak. Tapi percayalah sekarang ini saya cuba untuk mendidik dan terus beristiqamah untuk pakai tudung labuh. InsyaAllah…..

BAKAL SUAMI : Tugas seorang suami membimbing isterinya. InsyaAllah walau awak bukannya bertudung labuh saya tetap akan menyayangi awak seadanya.

BAKAL ISTERI : Kelak nati saya mahu bertudung labuh jua, saya mahu memakai furdah. Boleh?

BAKAL SUAMI : Alhamdulillah jika itu keinginan awak. Boleh saya kenapa mahu berfurdah?

BAKAL ISTERI : Ini keinginan saya dari dulu cuma tak berpeluang melaksanakannya. Bukan terpaksa. Saya hanya mahu nanti wajah saya dilihat oleh awak. Dilihat oleh muhrim saya sahaja. Saya mahu menjaga aurat saya. Saya mahu menjaga diri saya dari sebarang fitnah dunia.

BAKAL SUAMI : Terima kasih. InsyAllah , awak akan menjadi isteri yang baik dan saya akan berusaha menjadi yang terbaik untuk awak. Assalamualaikum (Talian dimatikan. Tak sanggup rasanya bila berbicara lama. Takut goyah iman di dada mendengar suara bakal isterinya)
  

 suka sangat dengan gambar ni. tersentuh saat melihat.
Niat di hati nak aku memakainya sekarang. Cuma aku belum punya kekuatan lagi untuk berfurdah. Perlahan-lahan. Semua perubahan harus dilakukan perlahan-lahan. Bukan secara drastik, betul tak? Perlahan-lahan aku mencuba. Setakat ini alhamdulillah aku mampu melakukannya untuk ke arah yang lebih baik.

Kau tahu betapa indah aku melihat wanita berbaju longgar, bertudung labuh, berpurdah. Bergetar jiwa melihat beza aku dan dia. Terasa kerdil, terasa malu. Aku pernah belajar di sekolah agama waktu tingkatan satu, pernah bertudung labuh jua cuma gagal mempraktikkannya.

Dan alhamdulillah, kini aku berjaya bertudung labuh, berstokin dan aku harap ia nya adalah berterusan untuk selama-lamanya kerana Allah.

Moga nanti aku punya peluang. Moga nanti juga aku punya suami yang seperti diharapkan. Moga nanti Allah pertemukan aku dengan dia. Sebaik-baik jodoh yang diciptakan, rusuk kiri. Moga nanti yang melakukan khilaf berubah, InsyAllah.

Entah siapalah yang aku ambil rusuk kirinya itu.. Teringin aku nak kahwin awal. Menjadi isteri awal macam mama dalam usia 22 tahun sudah menjadi isteri kepada suami yang berusia 24 tahun ketika itu. 23 tahun pula sudah menjadi seorang ibu. Walau berkahwin usia muda mama masih berjaya menjadi isteri yang baik dan mama yang baik. 


nota cinta :  mencintaimu bakal suamiku dalam diam Kerana Allah.....semoga ia memahami apa yang ku coretkan ini.... ia nya tulusan dari hati dan mindaku....

No comments: