Thursday, February 16, 2012

mengatakan ikhlas tapi mengharapkan balasan

Dalam hubungan sesama manusia (hablum minan naas), aku selalu terlihat bahawa manusia ni sentiasa mahukan BALASAN atas apa yang dilakukannya. Biar buruk mahupun baik, semuanya mahukan balasan. Lebih menarik lagi, ungkapan "aku IKHLAS nih!" selalu terpacul di mulut pemberi sedekah bagi memastikan sedekah yang diberikan tu diterima dengan penuh rela oleh si peminta mahupun si penerima sedekah tadi.
Tapi kalau dah nama manusia, semestinya hidupnya akan sentiasa mengharapkan BALASAN. Sebab tu Allah menyediakan BALASAN ke atas setiap perbuatan manusia biar sekecil mana baik yang dibuat hinggalah ke sebesar-besar kesalahan yang wujud di dunia ni. Memang manusia dicipta dengan hidupnya mengharap balasan. Pada mata aku, balasan Tuhan yang diharapkan itu barulah dinamakan IKHLAS. Tapi kalau buat baik, harap manusia bagi BALASAN dan ditambah dengan terpaculnya perkataan "saya IKHLAS nih" sudah cukup untuk menunjukkan anda manusia dari golongan apa.






Begitu juga kehidupan di dunia blogging ni. Aku akui dulu mungkin aku gilakan perkara yang sama unsur macam blogwalking dan saya klik awak, awak klik saya. Itu pernah aku cuba. Tapi setakat seminggu saja. Bagi aku, biarlah trafik kurang, tapi pembaca yang masuk tu baca dengan rela hati tanpa paksaan atau sesi kejar-mengejar trafik yang berlaku.













Sangat kesian aku rasakan pada insan begini. Ada kemungkinan kurang perhatian dan kasih sayang dari orang terdekat dengan dirinya hinggakan dia perlu mendapatkan perhatian dan kasih sayang orang lain. Kalau nak buat sesuatu dengan IKHLAS, sila duduk diam atas apa kebaikan yang anda buat. Insyaallah Tuhan akan nampak apa yang kita buat. Kadang-kadang kebanyakan masa sengaja DIA bagi lambat BALASAN tu untuk tengok tahap keyakinan kita padaNYA.

nota cinta : bersyukurlah dengan apa yang Tuhan bagi kerana tak semua dapat nikmat yang kita ada. Semoga juga ia menjadi iktibar dan nasihat buat aku sendiri..

No comments: