Thursday, February 16, 2012

berhenti mengeluh




Assalamualaikum....




Cuba renungkan penyampaian ini sebelum Anda mulai mengeluhkan pelbagai hal yang terjadi dalam hidup Anda…

- Hari ini sebelum Anda mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berbicara sama sekali
- Sebelum Anda mengeluh tentang rasa dari makanan yang Anda makan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.
- Sebelum Anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.
- Sebelum Anda mengeluh bahawa Anda buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada tingkat yang terburuk di dalam hidupnya.
- Sebelum Anda mengeluh tentang suami atau isteri Anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.
- Hari ini sebelum Anda mengeluh tentang hidup Anda,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.
- Sebelum Anda mengeluh tentang anak-anak Anda,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.
- Sebelum Anda mengeluh tentang rumah Anda yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya, Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.
- Dan di saat Anda lelah dan mengeluh tentang pekerjaan Anda,
Fikirkan tentang pengangguran,orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.
- Sebelum Anda menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.
Kita semua menjawab kepada Maha Pencipta
Dan ketika Anda sedang bersedih dan hidupmu dalam kesusahan, tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa Anda masih hidup !



a. Life is a gift
b. Live it…
c. Enjoy it…
d. Celebrate it…
e. And fulfill it.






Cintai orang lain dengan perkataan dan perbuatanmu
Cinta diciptakan tidak untuk disimpan atau disembunyikan
It’s true you don’t know what you’ve got until it’s gone,
but it’s also true You don’t know what you’ve been missing until it arrives!!!
Jadi,,berhentilah mengeluh, hadapilah manis pahitnya hidup dengan bersyukur terhadap semua yang telah Tuhan berikan...




dan aku sekarang sedang cuba memperbaiki diri aku..
Ya aku tahu aku tidak sesempurna wanita lain..
Banyak yang aku perlu perbaiki..
Semoga aku tabah mengharunginya...

Dan aku sedang berazam dan mencapaikan azam aku itu
untuk menjauhi daripada mengeluh dan 
tidak bersyukur atas nikmat-Nya...

Aku berdoa semoga ia nya adalah yang terbaik buat aku
dan untuk orang-orang yang aku sayangi...

Satu pengorbanan itu lebih bermakna
begitu juga dengan kesabaran..

Dan sekarang Allah telah hadirkan seseorang buat aku
 untuk lebih berasa yakin..

Ya Allah semoga ia nya kekal dalam perasaan ini 
untuk selama-lamanya

Aku tak nak ia nya terjurus dengan hasutan syaitan..

Ya Allah semoga Kau peliharakan cinta aku padanya.. AMIN

No comments: