Monday, February 6, 2012

bergedel lonjong

Why aku bagi nama die bergedel lonj0ng sebab dia bentuk lonjong..Aku penya la gentel2 dia bagi bulat sekali jadi lonjong pulak...
 

kali ni aku bagi resepi bergedel yg memang simply simple aku buat tadi....sapa2 pun boleh buat asal ada kentang...resepi lain tak kisah asal nama tetap sama....bergedel jugak....mak aku pun kata ok2 jugaklah rasanya..hehehe

Bahan2nya amat senang dan boleh dipelbagaikan mengikut citarasa masing2...seperti juga aku yang suka suki menokok tambah bahan pada sesuatu resepi...tapi asasnya tetap sama....iaitu kentang...








Ingredients:

5 biji - kentang
3 helai - daun sup
1 biji - telur ( asing putih dan kuning )
3 sudu besar - bawang goreng
1/2 sudu besar - lada hitam kisar


Method:
1.Kupas kulit kentang...potong kecil2 kemudian goreng sampai empuk...
2.Tumbuk kentang goreng dalam bekas lain dengan anak lesung sehingga lumat..
3.Gaulkan bawang goreng...daun sup... garam... lada hitam dan kuning telur bersama kentang yg ditumbuk...
4.Ambil sedikit adunan kentang kemudian bulat2kan dan leperkan sedikit...
5.Panaskan minyak....pukul putih telur sedikit dengan garam....celupkan adunan ke dalam putih telur dan kemudian goreng sebentar....

6.Boleh dihidangkan....sedap dimakan dengan Soto atau buat lauk makan dengan nasi panas....makan begitu jer pun sedap...!!!

Tips Tambahan
1.Boleh juga ditambah dengan daging cincang atau ayam cincang....tapi goreng layu dulu daging itu baru tumbuk sekali ngan kentang yg digoreng tadi.
Next Serve with chilli sauce.

Selamat Mencuba....!!!!

No comments: