Sunday, February 5, 2012

al-Quran lah sebagai segala penyembuh dan penawar


Allah telah menurunkan wahyu menyatakan al-Quran lah sebagai segala penyembuh dan penawar. Al-Quran juga sebagai panduan manusia untuk hidup. Berubat menggunakan ayat-ayat suci al-Quran adalah yang utama kerana al-Quran adalah zikir yang paling tinggi. Berdoa dan bertawakallah kepada Allah semoga diberi kesembuhan dan selepas itu, susulilah juga dengan perubatan moden sebagai penambah usaha dan tawakal kita dikatakan sebagai ikhtiar.



CARA MERAWAT STROKE
  • Baca
    • Surah al-Fatihah
    • Ayat Qursi [2:255]
    • Ayat pelembut - Surah Taha [20:1-5], al-Hashr [59:21-24], al-Insyirah [94:1-8]
    • Ayat Syifa' - Surah at-Taubah [9:14], Yunus [10:57], an-Nahl [16:69], al-Israq [17:82], as-Syua'ra [26:80], Fussilat [41:44] 
    • Surah al-Ikhlas
    • Surah al-Falaq
    • Surah an-Nas
  • Hembuskan bacaan pada 4 botol besar air, minyak zaitun dan madu asli.
  • Air
    • 1 botol untuk minum setiap hari sampai habis.
    • 3 botol untuk mandi. Caranya, selepas mandi, lalukan air dari hujung kepala hingga ke hujung kaki selama tiga hari berturut-turut. (sebotol air untuk sehari)
  • Minyak Zaitun (bagus untuk sendi dan saraf)
    • Beli yang botol besar (lebih kurang 500ml). Biasanya tahan untuk satu bulan.
    • Sapukan pada tempat yang tidak boleh bergerak setiap hari.
  • Madu Asli (bagus untuk semua penyakit)
    • Madu mestilah asli dan tidak dicampur dengan air gula atau bahan-bahan lain. (madu yang asli tidak dimakan semut dan ianya likat)
    • Makan satu sudu besar setiap hari sebelum sarapan. (before makan apa-apa)
Selepas sebulan, lihatlah perubahannya. Jika tiada perubaha, ulang kembali langkah-langkah tadi. Kesembuhan ini agak memakan masa tetapi tugas kita adalah sentiasa berusaha. Semoga usaha yang ikhlas dan berterusan akan mendapat hasil dari Allah Taala. InshaAllah. :)


"Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: "Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu, dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu". (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
[ 16:68-69 ]

No comments: