Tuesday, October 18, 2011

10 perkara awak perlu tahu pasal saya


  • Walaupun saya tak cantik mana tak seramping mana macam Nasha Aziz tapi saya selalu memikirkan tentang kecantikan diri dan kehodohan diri saya demi tak nak bagi awak lari.Saya tetap nak berusaha untuk cantik.
  • Biarkan saya bercakap sampai puas.Tolong jangan halang saya untuk bercakap nanti pandai lah saya berhenti sendiri..Awak tolong jangan suruh saya berhenti bercakap..
  • Tarikh amat penting buat saya juga untuk wanita lain. Mereka juga seperti saya. Saya dan wanita lain akan terharu bila lelaki sentiasa ingat pada tarikh..Awak paham kan apa maksud tarikh tu?? kalau tak paham pergi tanya orang yang mabuk bercinta. Kalau awak tak ingat tarikh saya akan kecewa tapi saya tak tunjuk sangat pun saya akan kata 'takpe syg tak kisah' padahal saya nangis tahu idakk?
  • Apabila saya bersedih, jadilah pendengar yang setia. Jangan sesekali marah marah sebab wanita lagi2 saya paling benci dimarahi semasa dia tengah bersedih atau beri nasihat yang baik. Boleh kan? Lepas ni jangan ulangi lagi ok dan tak mau marah marah saya bila saya tengah sedih.
  • Saya kuat cemburu mengalahkan orang lain. So bakal suami saya, awak buatlah aktiviti yang tak mendatangkan sebarang syak wasangka yang buruk okayy?
  • Saya memang selalu berkecil hati. Saya akan simpan lama2 kecil hati saya tapi saya mudah memaafkan perbuatan awak tu. Tapi maaf lah hati masih lagi ingat jika awak tak berubah2..
  • Saya tak suka suami saya jenis yang suka lepak kalau ada perempuan dan saya tak nak suami yang bertakhta dalam hidup dan hati saya ni keluar makan dengan perempuan lain berdua-duaan , bertiga tiga mahupun berapa pun walaupun saya tahu budak perempuan tu sahabat awak. Kalau nak keluar dengan dia, awak wajib ajak saya menemani awak.
  • Jangan sesekali berkasar dengan saya . Saya TUMBUK  kamu nanti !!
  • Saya ni perempuan yang sangat kuat rindukan suami sayang. Tak boleh kalau suami saya nanti tak call tak message saya walaupun dah duduk satu rumah sebagai suami isteri yang sah. Dalam sehari WAJIB !!
  • Saya seorang yang ciwek dan kuat menangis dengan cepatnya. Tolong jangan lukakan hati saya sangat2..
notacinta : nak tahu banyak mana aku cintakan kau? tak terkira sayang.. Hanya Allah Maha Mengetahui.. Tiada tujukan kepada sesiapa tapi saya tujukan untuk seorang suami..AMIN

No comments: