Sunday, March 27, 2011

rindu


Apa kabar cinta?
Masihkah tetap untuk-NYA……?
Apa kabar rindu?
Masihkah tetap untuk surgaNYA..?
Apa kabar hati?
Masihkah sesejuk dan sebening embun pagi….?

Kali ini penulis ingin sekali mencoretkan sedikit sebanyak kata luahan yang rindukan Cinta Illahi semestinya cinta yang tertinggi dan akan selalu begitu hingga ajal menjemputku.Insya Allah..yang kedua,cinta kepada Rasulullah..yang ketiga,cinta akan ibubapa.Dan siapakah pemilik hati ini selepas itu.??Semoga harapan dan doa sentiasa mengiringiku tuk meraih tangan pemilik hati ini…Iaitu,lelaki soleh yang selalu menjadi kedambaanku setiap masa.Insya Allah jika umur diri yang dhaif ini masih lagi diberikan peluang unutk meneruskan tinta dakwah di bumi AnugerahNya..

Nabi Muhammad SAW bersabda:

 “Perempuan (lelaki) itu dikahwini kerana empat perkara. Kerana hartanya, kerana keturunannya,
kecantikannya dan kerana keagamaannya. Maka utamakanlah yang beragama nescaya kamu mendapat kebahagiaan”
.
Beragama.

Penulis meletakkan syarat keagamaan menjadi idaman setiap muslimat.Bagi saya,agama merupakan satu keindahan yang tdak bisa dinilai dengan intan permata.Biar kacak sekali mana pun,tapi nilai akhlak mulia tiada dijiwa apakah bisa memimpin tangan ini ke syurga?Fikir-fikirkanlah wahai muslimin yang inginkan muslimat solehah,tetapi dirinya tidak cukup kuat memikul amanah.Bagi muslimat pula,pilihlah lelaki yang paling tebaik agamanya dikalangan sejuta muslimin dihadapan.Ingat!kita berkasih sayang adakah hanya untuk melepaskan rindu didunia yang fana ini?Tidak. Sama sekali bertentangan dengan syariat islam.Ingatan buat semua insan yang merasakan dirinya sudah memilih kekasihnya(couple itu haram)adalah terbaik dengan menilai berdasarkan kata2 manja dan pujuk rayu mainan jiwa dan nafsu.Masya Allah.,

Menunduk pandangan

Kuinginkan seorang lelaki yang sentiasa menundukkan pandangannya tika melihat wanita ajnabi dihadapannya.,Rasenye susah juge ingin mencari lelaki begini.ye ke??semoga kutemui suatu hari nanti.Apepun pilihan,anda yang tentukan.Mungkin diri ini tidak layak untuk mendapatnya tetapi Insya Allah akan kuraih jua..Biiznillah.Akan penulis sematkan dalam sanubari tuk terus setia menagih cinta yang diredhai.

“lelaki yang soleh untuk perempuan yang solehah”

Akan kubina benteng pertahanan tuk menjadi perempuan solehah itu walaupun 1001 fatamorgana cuba menghalang liku2 jalan cinta.Insya Allah..Sekian.,

Wallahu’alam..

Bissmillahhirrahmanirrohimm….
Cintaku hanya kupersembahkan untuk …
Yang menciptakanku…
Memberiku Jiwa…
Memberiku udara…agar aq tetap hidup
Memberiku segalanya…selayaknya manusia….
Cintaku hanya untuk SANG KHALIQ….
ALLAH AZZA WA JALLA…
=========================
Cinta pada dunia, dunia akan pergi,
Cinta pada manusia, manusia akan mati,
Cintalah pada Allah kerana Dialah yang kekal abadi.

1 comment:

kaizen said...

moge mendapat apa yg dicari...