Saturday, March 12, 2011

mudahkan bersalin


Bendi atau kacang bendi adalah sayur kegemaran sesetengah orang. Tahukah anda bahawa kacang bendi ini mempunyai khasiatnya tersendiri. Ianya terdiri dari salah satu sayur yang kaya dengan kalsium ...mengandungi 7% kabohirat , 90% air , 2% protein, dan 1% serabut, garam galian dan Vitamin B.


Dengan kandungan kalsium yang tinggi bendi memang baik untuk tubuh manusia terutama untuk kesihatan tulang dan gigi.


Dari kajian yang pernah dijalankan ianya juga merupakan sayuran yang baik untuk perkembangan otak di mana buahnya boleh menambahkan daya ingatan dan kecergasan.


Manakala dalam rawatan tradisional pula ia boleh mengatasi masalah sukar bersalin. Selain dijadikan hidangan seharian .
Air rebusan biji bendi, akar dan bunganya digalakkan dijadikan minuman bagi memudahkan wanita bersalin. 
Kerana kata orang2 tua...sifat bendi yang berlendir memudahkan proses melahirkan anak...

No comments: