Tuesday, August 10, 2010

Kesilapan Yang Sering Dilakukan Pada Rambut




Jaga rambut… memang setiap orang perlu menjaga rambut masing-masing dengan baik agar rambut cantik, lembut dan bersinar. Namun adakah cara penjagaan rambut anda itu betul atau ada tabiat-tabiat yang sering anda lakukan yang boleh menyebabkan kerosakkan pada rambut anda?

  • Tabiat Mencuci Rambut Setiap Hari

Rambut akan kelihatan sangat cantik dan berkilau ketika minyak semulajadi dari kulit kepala anda menyentuh hujung rambut. Kerana itu lah kebanyakkan pakar rambut menyarankan untuk penjagaan rambut yang baik adalah mencuci rambut 2-3 hari sekali. Sebab lain pula rambut anda akan kehilangan lembapan akibat terlalu kerap di cuci. Boleh saja menyemburkan dengan air sejuk dan keringkan dengan pengering rambut untuk menyegarkan kulit kepala.

  • Dawaan Bahawa Menyikat Rambut Membuatkan ia Bersinar
Memang benar.. Namun hanya dengan beberapa kali sikatan sahaja supaya dapat membutuk rambut dan menyegarkan minyak semulajadi dari akar hingga hujung rambut, Jika rambut anda di sikat berlebihan pula akan meyebabkan kerosakkan rambut dan rambut mudah patah.

  • Sering Mengikat Rambut Di Tempat Yang Sama
Tidak salah mengikat rambut namun cubalah ubah tempat2 ikatan rambut anda dan menggunakan pengikat yang elastik dan tidak mnyebabkan rambut terlekat padanya. Selain itu penjaagan rambut yang baik juga longgarkan ikatan supaya tidak memberi tekanan kepada akar rambut kerana ia boleh menyebabkan rambut terputus.

  • Mengikat Rambut Menggukan Gelang Getah
Jangan sesekali melakukan perkara ini walaupun terdesak! ini lah penyebab utama rambut anda terputus.

  • Tidak Menjaga Kulit Kepala
Jangan hanya mengambil berat hanya kepada rambut anda, Kulit kepala juga penting diberi perhatian.Urut lembut kulit kepala anda untuk kelancaran peredaran darah. Boleh juga menggunakan serum khusus untuk kulit kepalaKulit kepala yang sihat membawa pada rambut yang sihat.

  • Blow Dry atau menggunakan Pelurus Rambut Ketika Rambut Basah
Penyebab kerosakan rambut kerana pemanasan melampau.Blow-dryer dan pelurus rambut sepatutnya di gunakan pada rambut yang lembab sahaja. Blow dry sepatutnya hanya mengambil masa diantara 20minit dan dengan suhu yang bersesuaian supaya rambut tidak terlalu lama terdedah kepada kepanasan melampau.

  • Menghindari Penyembur Rambut
Sebenarnya penyembur rambut mengandungi polimer yang ternyata dapat menjaga kelembapan rambut. Jadi jangan takut untuk menggunakan penyembur rambut.

  • Menggunakan Sikat Yang Tidak Sesuai
Pilihlah sikat yang sesuai untuk jenis rambut anda. Silap-silap boleh mematahkan rambut sahaja. Lebih panjang rambut, lebih diameter sikat yang diperlukan. Bagi menciptakan volume gunakan sikat bundar dan gunakan sikat biasa untuk rambut lembut.



  • Menutup Kelumur Bukan Merawat Kelumur
Menggunakan pelambab seperti minyak rambut dan gel bukanlah jalan penyelesaian menutup kelumumur. Kelumur adalah penyakit radang kulit kepala yang tidak berhubung kaitnya dengan kekeringan. Cara rawatan rambut kelumumur adalah dengan menggunakan syampu yang mengandungisaliclic asis zinc, selendium sulfat dan tar untuk mengurangkan kelumumur.


No comments: