Thursday, July 15, 2010

ingat Alla

Salam perkenalan saya hulurkan kepada pembaca semua. Semoga anda sentiasa berlaku adil terhadap diri sendiri sebagai hamba dan khalifah Allah yang sebenar. Bertugas sebagai hamba dan khalifah menuntut diri agar kembali rasa bertuhan. Rasa bertuhan adalah fitrah kejadian manusia. Semua manusia mahu rasa bertuhan. Dan banyakkan bersyukur kerana kita terpilih untuk rasa bertuhan kepada Allah SWT.

Rasa bertuhan tidak cukup dengan rasa sahaja. Ia perlu diikrarkan di hati, dilafazkan di mulut dan dibuktikan dengan perbuatan. Kelengkapan rasa bertuhan ini merangkumi Rukun Iman, Rukun Islam dan Tasawuf (pemurnian akhlak).

Penegakan 3 perkara ini akan memberi kualiti hidup yang dituntut dalam Islam. Cara hidup yang baik akan menentukan cara mati yang baik, husnul khatimah, dan cara hidup yang jahat membawa kepada cara mati yang jahat, su’ul khatimah. Bayangkan ratusan para kekasih Allah yang terdiri daripada para Rasul dan Nabi pun sakit ketika sakaratul maut, inikan pula kita yang bukan kekasih Allah, yang jauh dari cara hidup Rasul dan Nabi, yang banyak berdosa, yang kurang bertaubat, entah bagaimanakah kelak waktu sakaratul maut kita kelak?

Suka saya mengajak pembaca semua agar sesekali cuba bayangkan rasa sakaratul maut. Nabi Daud a.s. yang merasainya menegaskan ia bagaikan kambing yang sedang makan tiba-tiba kulitnya dilapah hidup-hidup! Arghhh!! Betapa sakit dan pedih bila mengenangkannya.

Manusia hebat dan dijamin masuk Syurga pun sakit seperti kambing hidup dilapah kulit inikan kita yang solat pun masih tunggang langgang, aurat pun masih on-off, dan akhlak pun kurang ajar, rasanya lagi pedih, sakit dan mengerikan daripada rasa sakit seperti Nabi Daud a.s. Wallahu’alam, tepuk dada tanya iman.

Yang pasti kita berhak sekarang untuk pilih husnul khatimah atau su’ul khatimah. Nak pilih Syurga atau Neraka? Ingat! Mati hanya sekali, bukan 2 kali. Maka buatlah yang terbaik untuk mati yang hanya sekali. Ingat lagi! Manusia tidak bersedia untuk mati bila-bila masa, tetapi Allah SWT bersedia bila-bila masa untuk mematikan kita…



Jadi renung-renung dan selamat beramal

No comments: